“Rasa s4kit sangat…” – Inilah ‘hadiah’ yang diterima wanita ini pada hari jadinya, sempat atur photosh00t anak sebelum aj4l

“SETIAP kali melihat almari baju dan barang-barang milik arw4h, air mata saya laju mengalir,” demikian kata seorang wanita yang meluahkan rasa sedih ekoran pemergian anak sulungnya akibat k4nser otak, baru-baru ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Ashiqin Abd Rahman berkata, anaknya Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan disahkan menghidap k4nser otak tahap empat pada September lalu, selepas melakukan ujian biopsi untuk mengenalpasti peny4kit yang diderit4inya.

Mengimbas kembali detik-detik sebelum anaknya disahkan menghid4p k4nser, Nurul Ashiqin berkata segalanya bermula pada Julai lalu apabila Al Huzaifah mengadu s4kit kepala.

“Pada awalnya, arwah anak beritahu dia s4kit kepala. Dalam dua kali sehari dia diser4ng s4kit kepala. Jadi kami membawanya ke hospital dan doktor kata sekiranya tanda itu tidak disusuli dengan munt4h, jadi tak mengapa.

“Hinggalah pada 6 Julai lalu, Al Huzaifah tak boleh berjalan apabila dia terjaga dari tidur. Jadi kami membawanya ke hospital dan doktor melakukan ujian imbasan dan ambil dar4h. Pada ketika itu, kami diberitahu terdapat air memenuhi otaknya,” kata ibu berusia 29 tahun ini.

Menurut Nurul Ashiqin, satu pembed4han dilakukan untuk memasang sejenis alat dikenali sebagai ventriculo-peritoneal shunt (VP Shunt) untuk membolehkan lebihan cecair otak disalurkan ke bahagian lain dalam badan.

Al Huzaifah disahkan menghid4p kanser otak tahap empat pada September lalu.

Sehinggalah pada 19 September, Al Huzaifah akhirnya disahkan menghid4p k4nser otak tahap empat, satu perkhabaran yang benar-benar menyentap seluruh kegembiraan anak yang sekecil itu.

“Selepas ujian biopsi dilakukan, akhirnya Al Huzaifah disahkan menghid4p k4nser otak. Doktor beritahu, ia k4nser di tahap empat. Dan doktor menjangkakan, Al Huzaifah mempunyai kira-kira dua bulan saja masa untuk hidup.

“Bayangkan perkhabaran itu diterima pada hari ulang tahun kelahiran saya. Rasa seperti s4kit sangat nak terima, namun saya perlahan-lahan reda. Suami dan saya sudah tetapkan, kalau apa-apa yang terjadi, kami reda,” ujarnya.

Pada penghujung September, Nurul Ashiqin dan suami sepakat mahu mengabadikan foto mereka sekeluarga menerusi satu sesi photosh00t untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan, dan selebihnya mahu menggembirakan hati Al Huzaifah.

“Masa sesi photoshoot tu, dia kelihatan sangat gembira. Dia senyum, ketawa dan gembira sahaja. Kami akan buat apa sahaja untuk melihatnya gembira. Alhamdulillah, ada juga kenangan dengan arw4h,” kata suri rumah ini lagi.

Photoshoot yang dilakukan pada penghujung September, ketika keadaan Muhammad Al Huzaifah belum merosot teruk.

Bagaimanapun dari hari ke hari, keadaan kesihatan Al Huzaifah semakin merosot.

Segalanya berlaku dalam masa yang sungguh singkat dan sangat tidak terduga apatah lagi Al Huzaifah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, aktif, banyak bercakap dan keletah.

“Al Huzaifah ketika itu diletakkan di bawah paliatif care, tak ada rawatan untuknya di hospital. Selalunya, saya akan bantu dia hubungi ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis setiap hari.

“Dia akan suruh ayahnya pulang kerja dengan cepat. Kira-kira seminggu sebelum ‘pergi’ dia sempat telefon ayahnya. Ayahnya sempat merakam voice note, seolah-olah terdetik ia adalah panggilan terakhir daripada anaknya.

“Memang benar… ia adalah panggilan terakhir Al Huzaifah kepada ayahnya kerana tidak lama selepas itu, dia tidak lagi mampu bertutur dengan jelas. Dalam tempoh seminggu sebelum pergi, keadaannya semakin hari semakin merosot. Bermula tak boleh bertutur, kemudian tangannya sudah tidak mampu menggenggam.

“Sehari sebelum pergi, mukanya dah kebiruan, mata pun tak boleh buka. Memang terus kejarkan ke hospital. Pada ketika itu doktor cadangkan untuk menebuk lehernya, namun kami menolak kerana tak mahu menambahkan kes4kitannya,” ujarnya.

Saya reda menerima kehilanvma buat masa ini, saya tidak boleh terlihat barang milik arwah, serta merta akan menangis. Kalau pergi Petronas, nampak Kinder Joy, saya akan menangis kerana teringat arw4h gemar beli.

NURUL ASHIQIN ABD RAHMAN

IBU

Al Huzaifah akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi keesokannya iaitu 3 November pada usia tiga tahun lima bulan, selepas menanggung derit4 selama empat bulan

Seperti ketika menerima perkhabaran mengenai peny4kit Al Huzaifah, Nurul Ashiqin menerima pemergian anaknya itu dengan reda.

“Saya reda menerima kehilangannya. Cuma buat masa ini, saya tidak boleh lihat barang milik arw4h, serta merta akan menangis. Kalau pergi Petronas, nampak Kinder Joy, saya akan menangis kerana teringat arw4h gemar beli. Buat sementara waktu, saya bercuti di rumah ibu di Negeri Sembilan.

“Senang sangat cara arw4h pergi. Mungkin Allah tetapkan ini yang terbaik untuknya, kerana tak perlu lagi menanggung s4kit di dunia. Alhamdulillah, semuanya mudah, daripada ketika jaga dia s4kit sehinggalah ke nafas terakhir,” ujarnya mengakhiri bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Mstar:

Be the first to comment on "“Rasa s4kit sangat…” – Inilah ‘hadiah’ yang diterima wanita ini pada hari jadinya, sempat atur photosh00t anak sebelum aj4l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*