“Amboii Ligatnya, Pak Maun Junior…” – Gelagat Si Cilik Menari Pop Yeye Buat Ramai Terhibur

Bila tiba hujung tahun, banyaklah sekolah tadika membuat majlis kecemerlangan anak-anak. Ramai ibu bapa dan penjaga dijemput bagi meraikan kejayaan anak-anak menghabiskan sesi sekolah tadika. Malah majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan dari anak kecil ini.

Kegigihan dan usaha guru yang melatih anak-anak berada di atas pentas untuk menghiburkan tetamu jemputan haruslah dipuji. Bukan senang ya mahu melatih anak kecil yang ragamannya sukar dijangka.

Sama seperti dalam video yang tular di sosial media baru-baru ini. Video berdurasi 3 minit 14 saat itu memaparkan sekumpulan kanak-kanak comel sedang bersedia di atas pentas untuk melakukan persembahan.

Sebaik sahaja lagu ‘Suzana’ dipasangkan gerakan tari masing-masing mula melincah menghiburkan penonton. Namun salah seorang dari mereka menari cukup rancak sekali membuatkan ramai yang terhibur.

Rakaman ini meraih lebih 39,000 tontonan dan 841 shares serta 2,100 reaksi dari netizen.

Rata-ratanya memuji kanak-kanak ini yang comel di ruangan komen seperti berikut:

Enjoy betol…

Wahahaha kelako la dik,…

Yang tengah terlebih gula…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: FB tadika tunas ilmiah via HCL

Be the first to comment on "“Amboii Ligatnya, Pak Maun Junior…” – Gelagat Si Cilik Menari Pop Yeye Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*