“Walaupun mama, papa dah 2 kali berpisah …” – Buanglah segala eg0 yang bersarang di jiwa – Abby Abadi

Umum tahu bahawa pelakon Gerak Khas, Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim.

Hasil perkongsian hidup bersama, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia antara 11 hingga 16 tahun.

Meskipun pernah mencetuskan kontroversi melibatkan rumahtangga mereka suatu ketika dahulu, Abby dan Norman kini disifatkan ‘keluarga bahagia’ – melihat kepada hubungan kekeluargaan mereka walaupun telah mempunyai keluarga sendiri.

Abby menerusi Instagram berkata, perpisahan dan penceraian tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab suami atau isteri terhadap anak-anak.

Sumber: Instagram
Dengan memuatnaik gambar Norman bersama anak sulungnya, Danish, Abby berkata hubungan anak dan bapanya tidak seharusnya dipisahkan meskipun mereka telah bercer4i dan mempunyai keluarga baharu.

“Walaupun Mama dan papa dah berpisah, kena ‘tanggung’ sama2 “amanah” yang diberi ini di dunia dan ‘jawab’ semua depan Allah nanti mana-mana yang tak dapat dilaksana.

“Apa yang saya cuba nak sampaikan, janganlah pisahkan anak dengan bapanya, atau anak dengan ibunya. Jagalah sama-sama, tak rugi apapun.

“Buang segala eg0 yang bersarang di jiwa. Anak itu milik Allah. Dia bagi pinjam je.. kenapa kita nak buat mcm hak kita. Baik buruk bekas pasangan kita, dia tetap ibu atau bapa pada anak-anak yang telah dilahirkan. Tiada salah seorang, tak lahir anak tu.” katanya.

Abby dan Norman sebelum ini pernah bercer4i dua kali iaitu pada Mei 2006 dan Disember 2008.

Abby kini telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Faizal Zakaria dan mempunyai dua anak angkat.

Hmm betul kata Abby kan, jangan disebabkan eg0, anak-anak yang jadi m4ngsa.

Sumber : Lobak Merah

Leave a comment

Your email address will not be published.


*