Teka Teki Hubungan Adira Dan Datuk Red Akhirnya Terjawab! Ini Keputusan Yang DIbuat Mereka

NAMPAKNYA masalah rumah tangga penyanyi Adira dapat dipulihkan apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu memberi gambaran hubungan mereka bakal baik seperti sedia kala.

Menerusi Instastory, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red berkongsi paparan skrin perbualan seorang wanita dikenali sebagai Fira memberitahu bahawa Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cer4i yang difailkan sebelum ini.

“Alhamdulillah… Adira nak tarik balik percer4ian itu, Adira rasa untuk anak-anak, Adira tak nak bercer4i. Terima kasih Fira,” tulis pada paparan skrin perbualan Whatsapp tersebut.

Mesej tersebut dipercayai merupakan sebahagian teks perbualan antara Adira dan wanita yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada Adnan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar gagal diterima.

Teks perbualan Whatsapp yang ditunjukkan Datuk Red di laman Instagram.

Pada Khamis lalu, mStar melaporkan Adira memberitahu dia masih menghormati Adnan kerana mereka masih suami isteri yang sah.

Malah, dia berpendapat sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana proses percer4ian itu sedang berlangsung.

Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu berg4duh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita.

ADIRA

Penyanyi

“Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses.

“Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia daripada berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi suami, jadi tak semestinya apabila nak bercer4i, saya tak hormat dia.

Adira masih menghormati Datuk Red sebagai suami.

“Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu berg4duh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Adira sebelum ini memfailkan permohonan cer4i melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahk4mah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Susulan itu mahk4mah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

 

Be the first to comment on "Teka Teki Hubungan Adira Dan Datuk Red Akhirnya Terjawab! Ini Keputusan Yang DIbuat Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*