Keluar Makan Bersama, Cinta Intan Najuwa & Tunang Masih Hangat

Sejak semalam kecoh apabila Intan Najuwa dikatakan memadam foto dan unfollow tunangnya di Instagram. Tindakannya itu sekaligus menimbulkan spekulasi netizen yang mengatakan hubungan mereka kini sedang bergolak.

Nampaknya segala persoalan terjawab dan hubungan mereka masih baik-baik sahaja seperti yang dikatakan oleh tunangnya, Razrul Anwar Rusli sebelum ini apabila Intan memuat naik video mereka keluar makan bersama dan bergurau senda di Insta Story.

Menerusi video tersebut, Intan menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam. “B you bukan nak diet ke,” katanya sambil ketawa.

Meskipun terpalit kontroversi panas, ia tidak memberi kesan terhadap hubungan mereka, malah hubungan Intan dan tunang masih hangat membara.

Terdahulu, tular foto mesra Intan dan Zul Ariffin dengan aksi manja sambil bermandi-manda di pantai. Lebih panas apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Be the first to comment on "Keluar Makan Bersama, Cinta Intan Najuwa & Tunang Masih Hangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*