“Jangan Lupakan Ayah…Jebat Jayden” – Luahan Sharnaaz Buat Ramai Sebak

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berhubung kemeIut dan situasi yang sedang dialami bersama anaknya Jebat Jayden.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Sharnaaz, perkara yang tidak boleh diubah pada masa lalu adalah perkahwinannya.

“Namun perkara yang boleh diubah adalah kamu wahai anakku. Saya hanyalah pelawat seperti mana mereka minta.

“Tetapi saya akan lawan hingga nafas terakhir,” katanya.

Tambahnya lagi, tidak sebesar zarah mereka itu penting untuk antara dia dan anaknya.

“Jangan lupakan ayah anakku Jebat Jayden,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen simpati dengan luahan pelakon tersebut.

Kebanyakan mereka mendoakan yang terbaik untuk urusan Sharnaaz dan keluarganya.

Untuk rekod, pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perc3raian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

KemeIut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

 

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Jangan Lupakan Ayah…Jebat Jayden” – Luahan Sharnaaz Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*