“Jangan Fitn4h!..” – Che Hafiz Suami Lufya Omar Cerita Perkara Sebenar Apa Yang Berlaku

Suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menasihati isterinya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumahtangga.

Dalam sebuah kenyataan media, Hafiz enggan memberikan kenyataan mengenai kes m4hkamah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apabila kami bersidang, sy sorang je terlupa nak pakai baju berkolar, nak bersiap cepat katanya 😅 Happy weekend guys! #youngentrepreneursquad #noturningback

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

“Berkenaan dengan kes mahk4mah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada mahk4mah dalam menimbangtara kes kami.

“Berhubung kenyataan peguam beliau mengenai lafaz cer4i yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hukum syarak dan und4ng-und4ng mengenai situasi sebenar yang berlaku.

“Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan percer4ian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan cer4i kepada beliau.

“Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguam beliau. Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media memburvk-burvkkan dan memfitn4h saya sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haritu time birthday daddy ada cakap daddy taknak hadiah apa2 kan dari haura. So haura pun taknak hadiah apa2 pun la dari daddy 😅😘 Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu kan dan harini genap dua tahun umur my daughter Lanaa haura. Apa2 pun daddy nak ucapkan Selamat hari kelahiran kepada anak ku Yg tercinta dan daddy mendoakan agar haura sayang menjadi anak yang solehah,berjaya dunia akhirat juga berguna kepada masyarakat dan mampu memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti Insya Allah Amin. Biarpun masa, tempat dan manusia itu menjadi pemisah antara Kita tetapi tidak bermakna kasih sayang daddy terhadap haura itu pudar dan berbelah bahagi. because of you my daughter haura sayang I will keep strong and even stronger than before and please remember I will be always become your warrior till the end no matter what 💪🏻❤️👍

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

 

Tambah Hafiz, dia turut menjawab mengenai isu yang mendakwa dia tidak menghiraukan anak.

“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitn4h dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah beliau.

“Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.

“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkam4h tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.

“Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak.

“Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

When u have ur baby.. u have everything❤ Comel tak personal assistant baru fya? Ikut kemana-mana fya keje. Tapi masalahnya dia yang macam artis,, lambai sana.. lambai sini macam orang semua kenal die🤣 Hahahaha.. ! Sapa pernah jumpa Laana Haura ni tau la perangai die macamana🙈 . Sibuk nak cepat uruskan semua hal memang just grab je tudung yang takyah gosok, terletak dan design sweet-sweet je dari @firdieyra_official Pakai pun selesa,sejuk yang penting tak panas. Korang singgah la IG @firdieyra_official ya. Ada banyak koleksi baru. Nak instant ada,shawl ada semua adalah. Selamat berbelanja, selfie 🤳 & tag fya tau. Ok Salam Jumaat jangan lupa bersedekah kerana Allah janjikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk hambaNya.

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan mencer4ikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cer4i mereka pada 16 Oktober lalu.

Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Sumber:Gempak

 

Be the first to comment on "“Jangan Fitn4h!..” – Che Hafiz Suami Lufya Omar Cerita Perkara Sebenar Apa Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*