“Dah Tak Mampu Bergelekkk” – Ini Keadaan Terkini M.Daud Kil4u Yang Mengejutkan Ramai Pihak

“Sudah tiba masanya bagi melupakan dunia hiburan,” itu pengakuan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau apabila tahap kesihatannya semakin merosot selepas mengalami masalah untuk membuang air kecil tiga tahun lalu.

Pemilik nama Muhammad Daud Kilau itu berkata, beliau kini tidak mampu untuk berdiri bagi menjayakan persembahan tarian atau bergelek di atas pentas.

Sebaliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu perlu melakukan rawatan susulan hampir setiap minggu di klinik dan hospital.

“Saya menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat.
“Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,” katanya kepada Perak Gazette.

Penyanyi berusia 81 tahun itu juga terpaksa menolak semua tawaran persembahan termasuk di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone walaupun beliau ditawarkan hanya duduk di atas pentas.

“Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas.
“Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja,” ujarnya.

Tambah M Daud Kilau, beliau tiada sebarang perancangan dalam dunia hiburan setakat ini dan hanya mahu menghabiskan sisa hidup malah bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk bernafas.

Sumber : Perak Gazette

Be the first to comment on "“Dah Tak Mampu Bergelekkk” – Ini Keadaan Terkini M.Daud Kil4u Yang Mengejutkan Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*