“Panggilan Sayang Hanya Untuk Isteri Sahaja..” Pesan Adam Corrie

Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang…

Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak

Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan ‘Sayang’ seperti customer kita…rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina….

Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa ,aksud…tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain…dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang…nanti lain pula jadinya….

Khaskan ungkapan ‘sayang’ kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.

Sayang, tolong ambil faxkan untuk i…

Sayang , nak size dan warna apa?

Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik

Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah… 

Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.

Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

InsyaAllah hati tenang

P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.

Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya… jaga hati pasangan halal lebih baik….

_____________________

Penulisan Adam Corrie

 

Be the first to comment on "“Panggilan Sayang Hanya Untuk Isteri Sahaja..” Pesan Adam Corrie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*