Detik Cemas Bila Polis ‘Melawat’ 5 Pagi, Terima Laporan Orang Bvnvh Diri, Rupanya…

Seperti sedia maklum, tugas anggota polis adalah antaranya memastikan sesuatu tempat itu aman tanpa sebarang aktiviti jenayah atau perilaku mencurigakan. Semuanya untuk menjaga keselamatan awam agar boleh hidup tenang dan harmoni.

Seorang wanita, Nini Ruspawan menceritakan detik cemas ‘dikunjungi’ pihak polis di awal pagi setelah menerima laporan daripada jiran mengenai suatu insiden yang kelihatan serius namun pengakhirannya…

Subuh subuh hari tadi, lebih kurang jam 5 am, ada orang datang rumah aku. Ketuk pintu punya la kuat. Kami pulak tengah tidur kat atas. Hujan tengah lebat sangat, jadi memang tak berapa nak dengar orang panggil dan ketuk pintu. Bunyi hujan tu bising kan.

Sudahnya, orang tu siap panjat pagar nak ketuk sliding door. Aduhaiii. Aku tak sedar sangat, mamai je. Duk fikir, aku mimpi kut. Mujurlah hari tu suami aku ada kat rumah. Ye la, kami baru pindah masuk rumah tu kan.

Bila dengar ketukan kat sliding door, dia la yang turun. Tiba-tiba, aku terdengar suara orang lelaki bercakap-cakap. Then ternampak 3 orang lelaki berpakaian seragam polis naik ke atas sampai ke bilik. Ahhh sudah, mimpi ke betul ni..? Jantung aku laju, tapi masih dalam keadaan separa sedar. Letih sangat, Hani asyik meragam.

Aku tak pasti apa yang dibincangkan dengan suami aku. Dengar suara bercakap-cakap, tapi tak jelas. Aku dalam bilik, tidur dengan Hani. Pintu mestilah tertutup kan. Risau jugak waktu tu. Jam 5 am polis datang rumah, siap masuk dan ke tingkat atas terus. Ada apa hal sebenarnya?

Tapi disebabkan keletihan dan mengantuk yang teramat, aku terlena balik. Dan terus menganggap yang semua tu hanya mimpi je. Esok paginya, waktu aku turun ke bawah nak siapkan sarapan Hani, suami aku bukak cerita. Aku terus sedar yang semalam tu bukan mimpi.

Al kisahnya…

Rupanya sebelum hujan lebat tu, jiran belakang rumah aku call polis. Katanya ada orang bvnvh diri kat rumah aku. Ada orang gantung diri kat bilik belakang tu. Bilik belakang adalah bilik aku menjahit. Dengar je cerita tu, aku pun ORANG GANTUNG DIRI??!!

Kecut perut waktu tu. Rasa nak tercabut jantung dengar. Tapi suami aku boleh pulak dia ketawa. Rasa nak bagi pelempang je masa tu hahaha.

Rupa-rupanya..

Jiran aku nampak manequen aku ni. Jarak rumah aku dengan rumah belakang, memang dekat. Aku pulak baru pindah, tingkap takde langsir. Sliding window, bila malam, lampu pasang, nampak samar-samar ke dalam rumah.

Manequen aku ni, ada sambungan kepala yang aku buat sendiri. Asalnya takde kepala. Tapi aku tambahkan kepala tu sebab aku jual tudung. Duk snap gambar la. Kepala tu pun aku gam pakai glue gun je. Tak cukup kuat lekatnya. Masa proses mengangkut barang nak pindah, terpele’ot la kepala tu, jadi macam dalam gambar la. Dah tu, manequen aku tinggi.

Dari rumah jiran, dalam samar-samar cahaya yang tembus masuk ke bilik aku, dia nampak manequen dengan kepala terpele’ot ni dalam bentuk silhouette je. So dia assume, itu adalah orang gantung diri.

Elok pulak sebelum tu si Hani menangis tak henti-henti. Sampai jam 3 pagi taknak tidur, meragam je. Suara dia dah la nyaring. Mungkin jiran aku duk fikir yang Hani menangis sebab aku dah mati gantung diri, takde siapa yang nak attend Hani masa tu. Sebab tu dia call polis.

Polis pulak sampai kat rumah, masa hujan tengah lebat. Jadi memang la bila dia panggil tu kami tak dengar. Berlawan dengan suara hujan. Kata suami aku, polis sampai guna pembesar suara tau.

Tu pun kami tak dengar. Terpaksa pulak dorang panjat pagar masuk ke rumah. Baru la dapat ketuk sliding door tu. Aku punya gelak tak ingat dunia masa ni.

Tapi bagus sangat jiran aku. Concern dia cukup tinggi. Jiran macam ni la yang kita patut jadi. Ambik berat, bukan menyibuk tau.

Dan polis tu pun cukup bagus buat kerja. Bila suami aku bukak pintu, dorang tanya dan suami aku jelaskan, dorang tetap nak naik atas dan periksa sendiri. Aku yang tidur pun sebenarnya dorang jenguk waktu tu sebab nak pastikan sah laporan yang diterima tu, tak berlaku.

Sumber: Nini Ruspawan

Be the first to comment on "Detik Cemas Bila Polis ‘Melawat’ 5 Pagi, Terima Laporan Orang Bvnvh Diri, Rupanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*