Lantunan Ayat Al-quran Faizal Tahir Semasa Majlis Khatam Quran Sangat Menyentuh Perasaan

Bukan sahaja hebat sebagai penghibur, namun beberapa selebriti Malaysia iaitu antaranya Faizal Tahir, Aizat Amda, dan Noh Hujan sangat aktif dalam menyertai misi kemanusiaan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Cinta Syri@ Malaysia dan juga di IG Faizal Tahir, memaparkan aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama dengan anak-anak mangsa perang Syria di kem Al Jasmine, Lubnan.

Namun, apa yang menyentuh hati ialah dapat dilihat saat Faizal Tahir mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan untuk anak-anak disana.

khusyuk dengar Faizal alun surah Al-Fatihah

Sungguh sedap dan merdu bacaan Al-Quran penyanyi tersebut, bacaannya diikuti oleh anak-anak Syria yang menyertai majlis khatam Al-Quran itu.

Khusyuk anak-anak Syria itu mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Faizal. Menerusi foto yang dikongsi, terpacar kebahagian di wajah mereka menerima kedatangan dan bantuan daripada para sukarelawan Malaysia.

Sumber : Cinta Syria Malaysia & Faizal Tahir via ohmymedia

Be the first to comment on "Lantunan Ayat Al-quran Faizal Tahir Semasa Majlis Khatam Quran Sangat Menyentuh Perasaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*