Pakar Kata Lelaki Yang Membantu Melakukan Kerja Rumah EQ Tinggi Dan Tubuh Yang Lebih Sihat

Berita baik untuk korang kalau korang lelaki yang suka membantu pasangan korang melakukan kerja rumah.

Lelaki yang suka melakukan kerja rumah lebih mempunyai EQ yang tinggi dan lebih bahagia dari lelaki yang membiarkan sahaja atau tidak membantu pasangan dorang melakukan kerja rumah.

EQ adalah Emotional Quotient. Digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi atau keupayaan untuk menggunakan emosi dan skil kognitif dalam hidup korang.

Menurut Dr Huang Wei Li dari Taiwan, lelaki yang melakukan kerja rumah dapat merasai tiga kelebihan iaitu:

-EQ yang tinggi

-Tubuh badan yang sihat

-Gaya hidup yang sihat

Kelebihan ini boleh dilihat melalui sikap efisyen dorang dalam melengkapkan tugasan. Sesudah pulang dari kerja dan trrus membantu membuat kerja rumah ini bermakna yang dorang sangat bagus dalam memperuntukkan masa bagi tugasan yang berbeza dan menghabiskan tugasan tersebut.

Tambahan lagi jika dorang tak kisah membuat kerja rumah bersama-sama pasangan dorang, lelaki ini membuktikan yang dorang cerdas secara emosi seperti dorang tahu untuk melegakan tekanan dan elakkan menggunakan emosi apabila menghadapi apa sahaja.

Dorang juga lebih empati terhadap pasangan dan keluarga yang memberi kelebihan kepada dorang dalam hubungan jangka masa panjang kerana ia membantu membina hubungan yang berkekalan dan bahagia.

Dr Huang Wei Li juga menambah yang lelaki yang suka melakukan kerja rumah memiliki gaya hidup yang lebih sihat kerana dorang akan meluangkan masa lebih banyak di rumah berbanding di luar.

Katanya,

“Mencuci baju, mengemop lantai, mencuci pinggan, semua ini adalah bentuk senaman dan ianya sangat bagus untuk dilakukan lebih-lebih lagi selepas makan malam.”

Tambah Dr Huang lagi,

“Jangan hanya duduk sahaja di sofa dan menonton TV. Selepas duduk di pejabat selama beberapa jam, ianya lebih bagus untuk bergerak dan melakukan kerja rumah yang akan mengurangkan risiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular,”

Dr Huang menyimpulkan bahawa,

“Kini ramai yang kurang mempunyai masa untuk melakukan aktiviti seperti ini (menari dan bermain snuker dll), melakukan kerja rumah adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk kekal aktif di rumah.”

Apa reaksi anda? Jom kongsikan pada teman-teman. @mediamalaya

Be the first to comment on "Pakar Kata Lelaki Yang Membantu Melakukan Kerja Rumah EQ Tinggi Dan Tubuh Yang Lebih Sihat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*