Selamba Pelakon Hafreez Adam Jawab Balik Perli Datin “Meniaga Kuey Teow Je”

SeIamba Seorang Datin Bagi Ayat PerIi ‘Meniaga Kuey Teow Je’, Ini Jawapan BaIas PeIakon Hafreez Adam

Sudah menjadi kebiasaan bagi sebilangan artis di Malaysia yang mengusahakan perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan lain dan tidak bergantung kepada bayaran sebagai pelakon atau penyanyi semata-mata.

Meskipun hanya kecil-kecilan dan atas dasar minat, perniagaan yang diusahakan sesetengah artis ini patut dipuji memandangkan pendapatan sebagai artis selalunya tidak semuanya menjamin masa depan cerah, terutama ketika mereka tidak lagi popular.

Namun siapa sangka, pelakon Hafreez Adam mendedahkan bahawa terdapat individu yang memperlekehkan dirinya yang menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan membuka gerai makanan. char kuey teow.

Perkara itu dikongsikan Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 30, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Hafreez memaparkan paparan perbualan menerusi direct message (DM) di Instagram oleh individu yang menggunakan ID bernama ‘Datin’ yang dikirimkan kepadanya.

Mesej tersebut kedengaran seolah-olah memandang rendah dengan usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka gerai.

” Kalau tak berlakon, kerja dia (kat) gerai char kuey teow je. Susah lah..pergilah belajar (ambil) degree, sekurang-kurangnya ada ilmu pengetahuan. Muda-muda mesti belajar, jangan buang masa,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, Hafreez kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah malu untuk dilihat sebagai seorang peniaga gerai.

Katanya, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki halal bagi membantu keluarga.

” Je? tetapi saya pandang dari sudut positif. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

” Sekurang-kurangnya Allah bagi jalan untuk saya tolong keluarga juga. Muda-muda ni lah kena kerja keras juga. Nanti jemput datang ke gerai saya ye Datin. Saya belanja char kuey teow,” balas pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.

Pada masa sama, Hafreez turut menasihati anak muda agar tidak pernah berasa malu dengan sebarang pekerjaan halal yang dilakukan.

” Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan putus asa dan jangan malu dalam mencari rezeki selagi korang tahu niat korang.

” Kerja untuk keluarga dan masa depan korang, bukan untuk dibandingkan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing,” luahnya.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan Hafreez.

” Betul tu, jangan pernah malu dan putus ada nak cari rezeki untuk keluarga. Dia tak tahu orang berniaga ni lagu mahsyuk, ” tulis Hanna

Saya pun bisnes kecil-kecilan kat rumah. Sebenarnya lagi untung sebab kita takyah bayar gaji pekerja, takyah sewa kedai beribu riban. takyah bayar itu dan ini. yang penting halal,” tulis Noraskina

Selain berlakon, Hafreez juga berniaga char kuey teow dengan membuka gerai di Enjoy’s Corner, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Apa reaksi anda? Jom kongsikan pada teman-teman. @mediamalaya

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Selamba Pelakon Hafreez Adam Jawab Balik Perli Datin “Meniaga Kuey Teow Je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*