Buat Amal Tambah Pahala, Pemain Liverpool Tak Kisah Cuci Tandas Masjid

Seorang selebriti sememangnya kerap menjadi tumpuan setiap umum. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah selebriti antarabangsa yang mempunyai peminat hampir di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, mereka tetap insan biasa yang berkeinginan untuk melakukan sesuatu kebaikkan dan juga sumbangan kepada masyarakat.

Menerusi satu perkongsian video di media sosial, seorang bintang sukan bola sepak yang bermain dalam pasukan LIverpool telah mencuci tandas sebuah masjid di Liverpool.

Sadio Mane yang juga seorang Muslim dilihat mencuci tandas sebuah masjid tanpa rasa kekok dan selesa dengan apa yang dilakukan ketika itu.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang penggguna Twitter, Sadio dan beberapa orang lain sedang leka mencuci masjid dan sempat dirakam.

Pemain yang berasal dari Senegal ini pernah memberitahu ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya agar mampu membantu orang susah diluar sana terutamanya di negara kelahirannya.

Pemain berusia 27 ini telah bermain dengan pasukan Liverpool sejak 2016 dan merupakan seorang Muslim. Dia jug kerap kali memulakan perlawanan dengan menadah tangan berdoa agar kemenangan berpihak kepada mereka.

Sumber : Jingo_132

 

Be the first to comment on "Buat Amal Tambah Pahala, Pemain Liverpool Tak Kisah Cuci Tandas Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*