Dikenali sebagai ahli gusti di gelanggang WWE, pelakon, Dwane Johnson atau The Rock. Hari ini, dukacitanya memaklumkan telah kehilangan bapanya yang tercinta.
Bapanya, Rocky Johnson, bekas ahli gusti profesional, menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun. Berita kematiannya diumumkan menerusi kenyataan World Wrestle Entertainment (WWE).
Tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapa kepada selebriti Hollywood tersebut. Dalam kenyataan media WWE, pihak mereka menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Rocky Johnson.
Rest in peace, Rocky Johnson. #RIPRocky pic.twitter.com/WJhFBU0xtn
— WWE (@WWE) January 16, 2020
Untuk rekod, Rocky Johnson mula terlibat dalam liga gusti sekitar tahun 1960-an bersama National Wrestling Alliance, sebelum bergelar atlet WWE pada tahun 1983.
Antara pencapaian terbaiknya, Rocky bersama rakan sepasukannya, Tony Atlas iaitu membentuk kumpulan duo dikenali sebagai ‘The Soul Patrol’, berjaya menewaskan The Wild Samoans pada tahun pertama di WWE.
Sekaligus menjadikan mereka, dua ahli gusti dari Afrika Amerika pertama, yang berjaya bergelar juara dalam sejarah WWE. Minat juga dikongsi oleh anaknya, Dwayne Johnso, yang kini sudah mempunyai nama dalam WWE.
Sumber : NBC News
Be the first to comment on "Sempat Hadiahkan Rumah Baru, ‘The Rock’ Kehilangan Bapa Tercinta"