Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam. Hanya 1 Minit Masa Anda Diperlukan

Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam. Hanya 1 Minit Masa Anda Diperlukan

BISMILLAH

Alhamdulillah. Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan kesedaran bahawa, kita hanya menumpang. Kita hanya meminjam milik Allah. Nafas, udara, cahaya, angin, dan banyak lagi.. yang semuanya milik Allah. Bersyukurlah.

Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar dalam bentuk duit, rezeki boleh jadi kesihatan yang baik, mungkin juga mendapat pasangan yang membahagiakan, mendapat anak yang soleh, dan diberikan ibu bapa penyayang.. itu pun rezeki.

Dari ceramah Ustaz Ebit Lew, ketika terjaga tengah malam, kalau dapat buat tahajjud itulah yang terbaik. Niatkan sebelum tidur untuk bangun tahajjud.

Namun jika pen4t sangat atau tak larat, dalam keadaan duduk, bacalah

Laa ilahaillahu wahdahu laasyarikalah. Lahulmulku walahul hamdu yuhyiwayumitu wahua’la kullisyai inqodir.

Diikuti dengan SubhanaAllah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahuakbar, La haula wala quwwata illabillah. Dan berdoa.. Allahummaghfirli..(Ya Allah ampun kanlah d0s4-d0s4ku.)

“Allah berkata kepada malaikat, lihatlah hambaKu bangun dan memujiKu di tengah malam, makaKu ampunkan semua d0s4-d0s4nya. Dan mintalah apa hajat kita.”

~Riwayat Bukhari

Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa penyayangnya Allah hinggakan bila kita terjaga di tengah malam namun terlalu pen4t untuk solat Tahajjud, maka Allah beri kelapangan lagi cukup dengan zikir-zikir dan memujinya, sudah diberikan keampunan dan ditunaikan hajat yang dipohonkan. Mohonlah limpahan rezeki, mohonlah diluaskan pintu hidayah dan taubat untuk kita dan ahli keluarga. Insyaa Allah, doa-doa kita dimakbulkan.

Wallahua’lam. Insyaa Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : islamitusempurnakanku.blogspot.com

 

Be the first to comment on "Amalan Menjemput Rezeki Tengah Malam. Hanya 1 Minit Masa Anda Diperlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*