Cara Bersihkan Rahim Selepas Haid Dengan Minum Air Rebusan Ini. Rugi Jika Tak Diamalkan

Selepas ha id, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.

Sebabnya semasa ha id, kita akan kehilangan dar4h. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah ma ti. Sebab itulah walaupun masih anak da ra, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.

Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.cantk

Khasiat Air Rebusan Selepas Ha id Ini

  1. Membersihkan rahim selepas ha id.
  2. Mengeluarkan angin dalam badan.
  3. Memecahkan lemak-lemak diperut.
  4. Mengurangkan masalah bau badan.
  5. Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.
  6. Bagus Untuk Hindari Senggugut
  7. Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.

Bahan-bahan

  • Halia ( Besar ibu jari )
  • Kunyit ( Besar ibu jari )
  • Serai ( 4-5batang )
  • Daun pandan ( 3 helai )
  • Madu / Gula batu (Ikut suka)
  • Air 3 cawan

Caranya

  1. Serai tumbuk kasi pecah sikit.
  2. Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
  3. Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
  4. Rebus sampai mendidih.
  5. Nak Rawat Keputihan – Tambah sireh – 2 helai
  6. Nak Merapatkan Miss V – Tambah manjakani – 1 biji

Bila Patut Minum?

Sebaiknya selepas bersih daripada haid. Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk. “Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.. ”

Sumber/Foto: Amyra Nabila Hasnol via myinfomaya

 

 

 

Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

 

Be the first to comment on "Cara Bersihkan Rahim Selepas Haid Dengan Minum Air Rebusan Ini. Rugi Jika Tak Diamalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*