Jangan Ambil Mudah Kalau Pakai Produk Tiba-Tiba Muka Jadi “Pinkish”, Berhati-hati Berkemungkinan Ada Steroid.Cuba Check

Lambakan produk kosmetik masa kini mungkin membimbangkan ramai pihak. Mana tidaknya, ia mungkin telah diciplak sehinggakan nampak seperti asli.

Dipetik daripada laman Facebook Public Health Malaysia, awas sekiranya kulit anda bertukar menjadi pink kemerah-merahan selepas memakai produk kosmetik kerana dikhuatiri ia mungkin mengandungi steroid.

Steroid yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menipiskan dan mencerahkan kulit seawal 2 minggu. Kulit yang nipis mendedahkan lapisan bawah kulit yang mempunyai saluran d4rah kepada udara, menyebabkan kulit kelihatan merah dan pink.

Kesannya, ia bukanlah satu kecantikkan, sebaliknya kompilasi kulit yang t3ruk yang menyebabkan kulit wajah anda rosak. Segera berjumpa doktor dan pakar untuk nasihat dan rawatan selanjutnya.

Bagi mengelakkan anda menggunakan produk kosmetik yang merbahaya seperti ini, sila semak produk anda di laman sesawang NPRA.

“Putih dan Pink-nya kulit awak! No filter. Tak pakai bedak pun. Tiada blushing mekup. Halus mulus pulak tu. Produk…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 14 August 2019

Be the first to comment on "Jangan Ambil Mudah Kalau Pakai Produk Tiba-Tiba Muka Jadi “Pinkish”, Berhati-hati Berkemungkinan Ada Steroid.Cuba Check"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*