Kajian Mendapati Bahawa Ada Sebab Mengapa Anak Lelaki Perlu Kerap Dipeluk.Cubalah!Kesannya Dapat Mengawal Sikap Agresif, IQ Lebih Baik..In Sya Allah

Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dip3luk. 

Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan p3lukan daripada ibu bapa.

Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dip3luk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu mem3luk mereka.

Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.

Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. 

Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita p3luk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.

Ayah Dan Ibu, Teruskanlah Memeluk Anak Lelaki Apabila Mereka Meningkat Remaja Kerana Kajian* Mendapati Anak Lelaki Perlu Dipeluk Dua Hingga Tiga Kali Lebih Kerap Berbanding Anak Perempuan Untuk Menghasilkan Paras Hormon Oxytoxin Yang Sama. Hormon Inilah Yang Akan Mengeratkan Lagi Perhubungan Antara Ibubapa Dan Anak.

Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.

“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.” – Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.

Be the first to comment on "Kajian Mendapati Bahawa Ada Sebab Mengapa Anak Lelaki Perlu Kerap Dipeluk.Cubalah!Kesannya Dapat Mengawal Sikap Agresif, IQ Lebih Baik..In Sya Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*