Tahukah Anda, Peti Sejuk Berpotensi Meletop Sekiranya Makanan Atau Bahan Yang Mudah Meruap Di dalamnya? Tolong Jangan Letak 4 Benda Ni Dalam Peti Sejuk!”Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”

Peti sejuk merupakan salah satu barang elektrik yang merupakan satu keperluan yang wajib berada di dalam setiap rumah.

Namun, masih ramai yang tidak tahu atau mengabaikan cara penjagaan peti sejuk sehinggakan berlaku k3malangan atau kec3lakaan akibat daripada kecuaian diri sendiri.

Tahukah anda, peti sejuk berpotensi untuk meletup sekiranya terdapat makanan atau bahan yang mudah meruap di dalamnya?

Melalui portal Sembang Kecoh, kami kongsikan 4 kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengguna sehingga boleh mengakibatkan kemalangan di rumah.

#1. Menyimpan Minuman Berkarbonat Di Tempat Sejuk Beku Atau Freezer. 

Sebagai contoh, air  Coke, Sprit, Bir dan lain-lain lagi. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi banyak gas karbon dioksida. Apabila disimpan ditempat sejuk beku dalam jangka waktu yang lama, ianya boleh menyebabkan tekanan yang tinggi. Banyak kes dimana l3tupan berlaku akibat daripada air berkarbonat m3letup di dalam peti sejuk.

#2. Menyimpan Ais Kering/ Dry Ice Di Dalam Freezer Atau Tempat Sejuk Beku.

Suhu di tempat sejuk beku kebiasaannya berada di bawah -30°C. Suhu ini dapat membantu proses sublimasi dari benda padat kepada gas. Dan sekiranya ais kering disimpan di dalam bahagian sejuk beku, penghasilan gas akan menjadi 600-800 kali lebih besar. Ini boleh menyebabkan ledakan kerana tekanan akibat daripada penghasilan gas yang berlebihan.

#3. Menyimpan Minuman Beralk0hol Dan Bahan-Bahan Yang Mudah Meruap Dan Terb@kar Di Dalam Atau Berhampiran Dengan Peti Sejuk. 

Barangan elektrik seperti peti sejuk mudah terbakar walaupun hanya terkena percikan api yang sedikit. Sebaiknya jauhkan barang dan bahan yang mudah meruap atau yang mudah terb@kar di dalam atau berhampiran dengan peti sejuk. Barangan elektronik seperti microwave juga merbahaya jika diletakkan di atas peti sejuk kerana boleh mengganggu sistem elektroniknya.

#4. Menggunakan Besi Dan Benda Tajam Untuk Mengikis Ais Beku Di Dalam Freezer. 

Sekiranya anda menggunakan peti sejuk satu pintu, jangan sesekali menggunakan barang yang tajam dan juga besi untuk mengikis ais yang membeku. Sebaliknya, ikutilah aturan untuk mencairkan ais seperti yang telah disediakan oleh pengilang barang elektrik tersebut.

Peti sejuk menggunakan gas isobutana yang mudah terbakar dan kesilapan ketika cuba untuk mengikis ais tersebut boleh menyebabkan kebocoran gas yang akhirnya boleh mengakibatkan ledakan.

Kesimpulannya, gunakanlah barang-barangan elektrik dan elektronik mengikut aturan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada merawat”.

 

Be the first to comment on "Tahukah Anda, Peti Sejuk Berpotensi Meletop Sekiranya Makanan Atau Bahan Yang Mudah Meruap Di dalamnya? Tolong Jangan Letak 4 Benda Ni Dalam Peti Sejuk!”Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*