Akibat Dari Terlewat Datang Sekolah,Pelajar Dihukum Denda Solat Dhuha.

Denda Solat Sunat Dhuha Kepada Pelajar Datang Sekolah Lewat – Cerita dan gambar ini bersumberkan dari facebook Eizan Ariffin.

Tiba-tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar-gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp. Bergenang pula kelopak mata ni. Katanya, pelajar-pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran perhimpunan kerana datang lambat ke sekolah pagi ini.

gambar sekadar hiasan

MasyaAllah, serius saya sebagai seorang ibu sangat setuju kalau denda begini iaitu dengan cara solat sunat yang diberikan. Otak saya sebagai mak anak enam ligat terfikir. Kalau macam ni hari-hari lewat pun tak apa. Apapun, saya salute dengan Pengetuanya dan guru-gurunya yang bukan saja mengajar malah mendidik jugak.

Bahkan bukan sahaja boleh didik hati dan disiplin anak-anak sahaja, malah ibu bapa juga akan terkena tempiasnya. Mesti kita pun sebagai ibu bapa mahu perbaiki diri. Kena lebih bijak urus masa, kena lebih disiplin dan hormati rules orang lain. InsyaAllah, kita pun akan jadi lembut hati untuk keluar lebih awal hantar anak-anak ke sekolah, ajar diri kita untuk bangun lebih awal drpd biasa dan kejutkan anak2 lebih awal. Jadi tak adalah kes anak tertinggal van atau bas sekolah, tersangkut dalam kesesakan dan sebagainya hingga lambat sampai ke sekolah.

Sebagai ibu saya melihat ia daripada sudut yang positif. Yang mana kurang kita perbaiki. Almaklumlah hari pertama dan kedua persekolahan, trafik memang sesak. Kebanyakan ibu bapa hantar sendiri anak-anak dalam sehari dua ni termasuk saya sendiri. Memang jalan nak masuk ke sekolah sesak. Apapun, sebagai anggota masyarakat, sama2 kita doakan yang terbaik buat semua. Moga-moga tak adalah mak ayah yang argue denda begini. Kita dulu-dulu pun bukan baik mana kan??

KELEBIHAN SOLAT DHUHA : BUKAN SEKADAR MURAH REZEKI

Amalan solat dhuha sudah menjadi kelaziman harian dalam masyarakat Islam hari ini. Rata-rata mereka yang istiqamah melazimi ibadah sunnah ini kerana beriman dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kelebihan solat dhuha yang banyaknya menyentuh bab dipermudahkan rezeki. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Kekasihku – Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam – mewasiatkan tiga hal padaku: berpuasa tiga hari setiap bulannya, melaksanakan solat dhuha dua raka’at dan solat witir sebelum tidur.” (Muttafaq ‘alaih)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah tersebut jelas, solat sunat dhuha adalah antara amalan sunnah yang tidak boleh diambil mudah akan kebesaran fadhilatnya. Malangnya, masih ramai yang beranggapan bahawa manfaat solat dhuha hanyalah terhad sekadar kepada ‘pembuka rezeki’. Berikut merupakan kelebihan dan keutamaan solat dhuha berpandukan kepada hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Antara Kelebihan Solat Dhuha

#1 Diberi Pahala Sedekah

Solat dhuha merupakan cara paling ‘murah’ untuk mendapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran Islam, sehingga hampir tiada alasan untuk seseorang itu untuk tidak melalukan amal soleh. Semuanya ditunjukkan cara.

“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”

(HR. Muslim)

#2 Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR Hakim). Bahkan dosa-dosa yang terdahulu turut terampun dengan melazimi solat dhuha! “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(HR Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

#3 Pintu Rezeki Dibuka Seluas-Luasnya

Kebiasaannya fadhilat inilah yang sering menjadi tumpuan mereka yang sering melaksanakan solat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan hanya semata-mata fadhilat ini yang dikejar. “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666)

#4 Berpahala Seperti Mengerjakan Umrah

t“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih Al-Targhib: 673)

#5 Disediakan Sebuah Rumah Di Syurga

“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(Sahih al-Jami’: 634). Begitulah sedikit sebanyak fadhilat dan keutamaan solat dhuha yang dijelaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda. Ternyata selain ‘murah rezeki’ banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang tidak seharusnya kita abaikan. Tiada lagi rahsia solat Dhuha yang tidak disingkap hadis Nabi Muhammad SAW. Tinggal lagi kita sebagai umat yang mengaku cinta dan ingin bersama Baginda di akhirat kelak, terus istiqamah mengamalkan sunnah yang sangat dituntut ini.

Sumber: Facebook Eizan Ariffin via suaramedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Be the first to comment on "Akibat Dari Terlewat Datang Sekolah,Pelajar Dihukum Denda Solat Dhuha."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*