Kenal sejak umur 17 tahun, Zul Ariffin hanya sempat tatap pusara Ashraf Sinclair

Pelakon popular Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung.

Menerusi Instastory miliknya, pelakon yang membintangi filem aksi J Retribusi bersama Allahyarham itu memuat naik beberapa gambar dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat.

Setibanya di kawasan pengebumian, pelakon berusia 33 tahun itu kelihatan berada di sebelah pusara arwah yang dipercayai sedang menabur bunga di atas pusara berkenaan.

Menurut laporan Astro Gempak pada tahun lalu, Zul memulakan kerjayanya bersama Allahyarham setelah bergandingan dalam sebuah iklan sekitar tahun 2004.

Tambah Zul, arwah merupakan individu terawal yang dikenali ketika mula melibatkan diri dalam industri seni sejak berusia 17 tahun.

Sumber : Zul Ariffin , Astro Gempak

 

Be the first to comment on "Kenal sejak umur 17 tahun, Zul Ariffin hanya sempat tatap pusara Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*