“Ashraf Sering Ke Masjid, Peramah Dengan Jiran2.” – Acha Septriasa..Semoga Amal Ibadah Dan Kebaikan Ashraf Selama Hidup Menjadi Ladang Pahala Terbesar

P3mergian pelakon Malaysia yang bertapak di Indonesia, Allahyarham Ashraf Sinclair merupakan kehilangan besar terutama penggiat seni sehingga mengundang duka ramai.

Sejak mengh3mbuskan n@fas terakhir pagi semalam, pelakon berusia 41 tahun itu menjadi bualan ramai yang terus menceritakan kebaikan dilakukan arw@h sepanjang hayatnya.

Ini termasuk penyanyi dan pelakon Acha Septriasa memuat naik sebuah posting dedikasi berkongsi kenangan dan perkara yang tidak diketahui ramai.

Menurut Acha, aktor filem Gol & Gincu itu mempunyai peribadi yang tidak banyak bercakap namun peramah dengan orang sekelilingnya.

“Selama tinggal di KL gue dengar dari teman2 bokap di kantor yang salah satunya neighbour kalian, yang paling gue ingat adalah Bunga dan Ashraf nggak banyak ngomong tapi selalu senyum,” tulisnya.

Malah bukan itu sahaja, arwah juga sering tersenyum ketika pergi solat di masjid dan tidak sombong bertegur dengan jiran-jiran walaupun bergelar seorang pelakon popular.

“Kalau lewat rumah saat sedang pergi ke masjid, jujur itu yang gue dengar dan nggak dilebih2 kan,” katanya.

Acha turut mendoakan agar amal ibadah dan kebaikan Allahyarham selama ini menjadi ganjaran pahala terbesar di sana kelak.

Sumber : Acha Septriasa

Be the first to comment on "“Ashraf Sering Ke Masjid, Peramah Dengan Jiran2.” – Acha Septriasa..Semoga Amal Ibadah Dan Kebaikan Ashraf Selama Hidup Menjadi Ladang Pahala Terbesar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*