Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Umum Mak Kuat Lawan Sakit

Pasti meruntun jiwa seorang anak apabila melihat orang tua ditimbah musibah ataupun penyakit. Sebagai seorang anak, pasti ingin mencari jalan yang terbaik untuk menyelamatkan dan menyembuhkan penyakit yang menimpa mereka.

Hari ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nurul Shafina, berkongsi kisah duka yang harus ditanggun oleh dirinya sekeluarga. Nurul Shafina dengan merendah hati pohon doa daripada orang ramai untuk mendoakan ibunya yang kini sedang menderita sakit kanser.

Mak kepada gadis ini dikhabarkan sedang menderita penyakit kanser lidah yang kini berada ditahap yang keempat. Lebih terlihat sayu, Nurul Shafina turut memuat naik beberapa keping gambar emaknya itu.

Agak mengejutkan apabila terlihat perubahan yang besar sebelum dan semasa maknya itu menghidap penyakit kanser lidah ini.

Maknya terlihat kuat disamping keluarga untuk melawan penyakit yang dihidapinya dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hidup.

 

Maknya kini berada di tempatkan dan dibawah rawatan Hospital Bukit Mertajam.

Orang ramai dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat Nurul Shafina sekeluarga menerusi ruangan komen di posting yang telah dimuat naik olehnya itu. Ramai juga dilihat meninggalkan doa dan berharap agar emak kepada gadis ini beransur pulih seperti sedia kala.

Sumber: Facebook.

 

Be the first to comment on "Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Umum Mak Kuat Lawan Sakit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*