Tak Perlu Ke Luar Negara! Malaysia Dah Ada Ladang Bunga Matahari Di Perlis

Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim yang berasal dari benua Amerika dengan kepalanya berkuntum besar.

Batang pokok bunga ini boleh tumbuh setinggi tiga meter dan bunganya pula boleh mencapai garis pusat 30 cm dengan benih-benih yang besar.

Untuk mencari ladang bunga matahari ini bukan satu perkara yang mudah dan ladang yang terdekat dengan Malaysia terletak di Lopburi, Thailand.

Namun kini rakyat Malaysia tidak perlu lagi mengembara jauh ke luar negara semata-mata untuk melihat bunga matahari kerana negara kita sendiri sudah memiliki ladang bunga matahari yang terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis.

Ladang itu mula dibuka Julai tahun lalu dimana ramai pengunjung melawat dan membuat posting dengan mengambil gambar yang dikelilingi pokok gergasi itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌻

A post shared by fazieraliani (@fazieraliani) on

Selain flora, fauna juga boleh didapati di taman tersebut seperti ular berbisa dan penyu yang comel. Malah ladang tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai untuk bercucuk tanam bagi sesiapa yang tidak pernah melakukannya.

Jangan kecewa walaupun yang sebenar secara metaforanya orang ramai hanyalah menanam benih bunga matahari. Dengan cara ini, orang ramai mendapat peluang untuk memberi  kehidupan kepada anak-anak benih tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🙌

A post shared by Hanuar Yusof (@_iam_hy_) on

Sumber: World of Buzz / Instagram

 

Be the first to comment on "Tak Perlu Ke Luar Negara! Malaysia Dah Ada Ladang Bunga Matahari Di Perlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*