Lagu Wanita Terbahagia Bukti Kisah Cinta BCL Dan Ashraf Kini Jadi Lagu Nukilan Paling Duka

Jika kita mengikuti perkembangan Bunga Citra Lestari, sudah tentu mengetahui lagu-lagu hitsnya yang sering menjadi siulan sehingga kini.

Paling mencuri tumpuan adalah sebuah lagu yang bertajuk Wanita Terbahagia iaitu sebuah nukilan yang didedikasikan khas buat suami serta anak tercinta.

Namun, kebahagiannya diuji semalam apabila, aktor kacak yang juga suami BCL iaitu Ashraf Sinclair pergi meninggalkan mereka semua untuk bertemu Pencipta.

Melihat kembali muzik video dan lirik daripada lagu Wanita Terbahagia itu sudah tentu dapat kita gambarkan betapa bahagianya BCL bersama keluarga kecilnya yang terlihat amat menyayangi satu sama lain.

Menerusi Twitter, warganet juga berpendapat bahawa lagu tersebut pada asalnya lagu yang begitu gembira kini berubah sekelip mata menjadi lagu paling pedih kepada BCL serta anaknya.

Muzik video yang memaparkan mereka sekeluarga dalam mood bercuti saling bergurau dan tertawa antara satu sama lain. Lebih manis lagi, muzik video tersebut turut diarahkan sendiri oleh allahyarham Ashraf Sinclair.

Walau bagaimanapun, bermula jam 4.15 pagi semalam waktu tempatan, lagu tersebut telah mengundang sebak kepada sesiapa sahaja yang mendengar apatah lagi mengetahui bahawa Ashraf sudah tiada men!nggalkan isteri dan anaknya.

Hanya air mata mengiringi pengebvmian Ashraf petang semalam kerana pem3rgiannya yang mengejut benar-benar memberi tamparan kepada para peminat kedua-dua buah negara berjiran ini.

Menerusi perkongsian video lagu BCL itu di Twitter, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan tersebut. Mereka menzahirkan rasa s3dih diatas pemergian Ashraf dan turut mengakui berasa s3bak setiap kali melihat muzik video itu sambil membayangkan keadaan BCL ketika ini.

Sumber : Twittter

Be the first to comment on "Lagu Wanita Terbahagia Bukti Kisah Cinta BCL Dan Ashraf Kini Jadi Lagu Nukilan Paling Duka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*