Malang tak berbau… bayi Yatt Hamzah berusia 50 hari jatuh ke lantai gara-gara terlepas dari dukungan

MALANG tidak berbau menimpa pelakon Yatt Hamzah apabila bayinya yang berusia 50 hari terlepas dari dukungan.

Yatt Hamzah berkata, anak keempatnya iaitu Suci Hawa Zulaikha terjatuh atas lantai dan insiden itu berlaku di hadapan matanya.

“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru saja jatuh atas lantai setelah kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.

Yatt berkongsi perkara itu menerusi di Instagramnya.

“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” kata Yatt.

Yatt memuat naik status berkenaan di Instagramnya pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya dalam keadaan baik.

Malah, mereka juga berharap segala urusan Yatt di hospital dipermudahkan.

Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital.

YATT HAMZAH

PELAKON

“Allahu. Semoga tiada apa-apa yang mudarat pada baby Hawa. Sabar ya dinda Insya-Allah semua baik-baik nanti.

“Allah… mudahan baby Hawa baik-baik sahaja. Semoga dipermudahkan semua urusan.

“Ya Allah kak Yatt harap baby tak ada apa-apa. Hati-hati kak bila bagi kakaknya pegang adik,” komen beberapa netizen.

Yatt masih tidak mendedahkan wajah bayi keempatnya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Yatt melahirkan bayi perempuannya seberat 3.30 kilogram di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas lewat 13 hari dari tarikh jangkaan.

Yatt dan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, serta Suci Hayfaa Medina, 2.

Pelakon drama Jejak ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Suci Hanania Malika, 10, hasil daripada perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Shukor.

 

Be the first to comment on "Malang tak berbau… bayi Yatt Hamzah berusia 50 hari jatuh ke lantai gara-gara terlepas dari dukungan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*