Berkat didikan baik, jenazah ibu diurus & diimamkan sendiri anak2 soleh

Siapa yang tidak sedih apabila orang tersayang pergi meninggalkan kita. lebih-lebih lagi orang tersayang itu adalah orang tua yang sudah melahirkan dan mengasuh kita sehingga menjadi insan yang berguna.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pendakwah terkenal negara, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood atau lebih dikenali sebagai Ustazah Siti Nur Bahyah telah memaklumkan menerusi Facebook pemergian ibu mertuanya semalam.

Ibu kepada Ustaz Wan Akashah menghembuskan nafas yang terakhir disamping anak serta cucu-cucunya yang lain tanpa sebarang komplikasi penyakit dirumah.

Ustazah Siti Nor Bahyah juga sempat memberitahu bahawa suaminya berpeluang berbakti kepada ibu tersayang hingga keakhirnya apabila menjadi imam untuk jenazah ibunya sendiri. Adik-beradik perempuan pula menguruskan mandian jenazah serta menkafankan ibu tersayang.

Tambahnya lagi, jelas kedengaran suara suaminya tersekat-sekat apabila membacakan talqin kerana begitu sebak diatas pemergian ibunya.

Diakhir perkongsian tersebut, Ustazah yang dikenali menerusi program Semanis Kurma bergandingan dengan suaminya sendiri itu telah memohon agar semua warganet mendoakan jenazah ibu mertuanya supaya ditempatkan dalam taman-taman syurga.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 25 ribu tanda suka di Facebook itu telah membuatkan ramai warganet tersentuh. Mereka juga sempat menitipkan doa buat allahyarham dan merasakan betapa beruntungnya jenazah kerana dikelilingi anak-anak yang soleh dan mampu menguruskan jenazah ibu sendiri.

Sumber : Ustazah Siti Nor Bahyah

 

Be the first to comment on "Berkat didikan baik, jenazah ibu diurus & diimamkan sendiri anak2 soleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*