Tolak dunia kejar akhirat, Rizalman umum bersara dari dunia fesyen

Malam semalam, telah berlangsungnya pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Dalam pementasan tersebut, beberapa artis tersohor tanah air turut terlibat menjayakan pementasan fesyen itu.

Namun, sebelum pementasan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Datuk Rizalman telah membuat satu pengumuman yang nyata mengejutkan banyak pihak.

Dia yang ingin bersara daripada dunia rekaan fesyen untuk selamanya dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyatakan hasrat tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selamat tinggal bunga ku.. jaga baik dirimu sendiri… #kesumajiwa2020

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Memetik daripada Astro Awani, Rizalman akan menyerahkan empayar jenama Rizalman kepada pembantunya yang setia mendampinginya selama 15 tahun, Faizul Surani.

Menurut Rizalman lagi, tindakan yang diambil adalah disebabkan rasa bimbang  tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa apabila tiba masanya kelak. Dia mahu memperbanyakkan amalan selagi kudrat masih mampu bagi persediaan menghadapi kematian.

Tambahnya, pemergian beberapa sahabat dalam industri seni mebuatkan hatinya dijentik keinsafan sehingga berfikir bahawa pada bila-bila masa sahaja Allah akan menyentap nyawanya.

“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.”

Oleh sebab itu, ruangan Instagramnya telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata berasa terkejut dengan keputusan ikon fesyen negara.

Walau bagaimanapun, mereka berasa kagum dengan keperibadian Rizalman yang melepaskan apa yang diperoleh sekarang demi mengejar alam akhirat yang kekal abadi.

Sumber : Astro Awani, Rizalman

 

 

Be the first to comment on "Tolak dunia kejar akhirat, Rizalman umum bersara dari dunia fesyen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*