Letakkan Jawatan Kali Ke-2, Netizen Dakwa “Aksi Drama” Memujuk Tun M Berulang Kembali Sekali Lagi

Politik Malaysia sejak beberapa hari lepas dilihat penuh dengan kejutan bermula sejak majlis ‘makan malam’ barisan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang.

Paling mengejutkan sudah tentu peletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, diikuti pemencatan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Zuraidah Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Peletakkan jawatannya juga telah diterima oleh KDYMM Baginda Agong dan melantik beliau sebagai perdana menteri interim buat sementara waktu.

Namun, sejak semalam dan pagi ini, beberapa ahli tertinggi parti-parti dalam Pakatan Harapan telah datang bertemu beliau bagi memujuk agar Tun M tidak meneruskan hasratnya itu.

Situasi tersebut seakan dejavu kerana semasa Perhimpunan Agong UMNO pada tahun 2002, Tun M telah mengejutkan barisan kabinet apabila mengumumkan peletakkan jawatan diakhir perhimpunan tersebut.

Dengan serta merta menteri-menteri datang mendekatinya dan memujuk agar beliau tidak meneruskan keputusan yang dibuat itu.

 

Sudah tentu momen itu kembali terjadi pada hari ini apabila satu demi satu pemimpin menemuinya susulan keputusan tergempar yang dilakukan. Ia sekali gus menyebabkan kesemua menteri yang dibawah kabinetnya telah pun termansuh.

Walau bagaimanapun, Tun M masih masuk ke pejabatnya kerana telah memegang amanah sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia bagi membolehkan beliau mengendali dan membuat sebarang tindakan susulan daripada peletakkan jawatan itu.

Sumber : SEEDODs, Hilal Ashraf

 

Be the first to comment on "Letakkan Jawatan Kali Ke-2, Netizen Dakwa “Aksi Drama” Memujuk Tun M Berulang Kembali Sekali Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*