Bakal Dicer4ikan Isteri Sendiri, Ini Komen Dato Aliff

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mend3dahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

“Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan b4ngkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa k0ntroversi termasuklah 1su pergolakan rumah tangga dan pend3eraaan kanak-kanak.

Bakal Berc3rai?

ISTERI kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap d4kwaan dia sudah memfai1lkan percera1ian di m4hkamah.

Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan h4ngat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spek3lasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

Reaksi Netizen

Isterinya tidak hadir

Aliff ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Dia diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang berg0lak dan berdepan mas4lah.

Malah isterinya tidak hadir dan memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut, pagi Jumaat.

Lebih menguatkan spekulasi apabila usahawan ini muncul dengan single baharu seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga!

Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia.

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

“Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: M.B

 

Be the first to comment on "Bakal Dicer4ikan Isteri Sendiri, Ini Komen Dato Aliff"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*