Dahlia Shazwan kongsi video caranya tukar almari fre3hair ke gaya bertudung

Dahlia Shazwan sebelum ini menjadi perhatian warganet sehingga ramai sudah mengenalinya apabila dia menjadi wajah Trivago Malaysia. Antara trademark iklan yang cukup disukai warganet, ‘hotel? Trivago’ dimana iklannya sering muncul di kaca televisyen.

Suaranya melalui iklan berkenaan ternyata memberikan kes4n kepada orang ramai tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bahkan sehingga kini juga ramai mengelarkan pengacara terkenal ini selain memanggilkannya sebagai Miss Trivago.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian tentangnya pada Mac lalu apabila dia mengambil keputusan untuk berhijab dimana dia pernah memberitahu ia disebabkan dirinya merasakan itu merupakan petunjuk diberikan Allah SWT.

90089641_536694783917027_494394611689915373_n

Terbaru satu posting Dahlia Shazwan ada berkongsikan caranya pula untuk mengubah almari pakaiannya daripada ‘freehair’ kepada gaya bertudung.

Perkongsian daripada pengacara ini menerusi sedutan ringkas yang dimuat naik juga dilaman Instagram miliknya mendapat pelbagai reaksi peminat dan pengikut yang memujinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello all 3rd video is available 530 pm later!(Link on bio) Just sharing how I switched my wardrobe to a more halal look 😅 its not easy! But there are things that could help make the transition easier. Hope i could help those yang sedang mencuba juga! Dont forget to subscribe! ❤️

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Menjenguk kelaman YouTube miliknya pula, dia bersama suami turut berkongsikan saat-saat diawal penghijrahannya dimana tidak mudah.

Dalam pada masa yang sama, dia dilihat cuba untuk terus istiqomah dengan menukar pakaiannya dalam almari bagi mengelak daripada memakai pakaiannya yang sebelum ini.

Dahlia Shazwan kongsi caranya tukar almari pakaian

Dahlia Shazwan juga memberikan beberapa tips yang dilakukan olehnya dalam menukar cara-cara pemakaiannya yang menutup aurat dan sesuai dengan penampilannya terkini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi positif dimana netizen mengatakan ianya satu perkongsian yang baik selain ada juga yang berterima kasih dengan perkongsian Dahlia Shazwan yang tukar almari pakaian ‘freehair’ kepada gaya bertudung.

Sumber: Instagram Dahlia Shazwan, YouTube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: HCL/Pisang Daily 

Be the first to comment on "Dahlia Shazwan kongsi video caranya tukar almari fre3hair ke gaya bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*