Shukri Yahya, Isteri Bakal Timang Anak Lelaki

Menantikan kehadiran anak kedua mereka tidak lama lagi, Shukri Yahya dan isteri, Tya Adnan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki. Berita gembira itu didedahkan menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi video tersebut, Shukri yang tidak tahu jantina anak keduanya itu diberi sebuah kotak besar yang berisi belon di dalamnya. Shukri tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja apabila mendapat belon berwarna biru tertulis ‘baby boy’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#alhamdulillah #3rdtrimesteralready

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

“Alhamdulillah. Saya dapat baby boy,” katanya.

Di dalam perkongsian itu, Tya meluahkan rasa syukur serta memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bahagia dan seronok kerana pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata serta mendoakan agar proses kehamilan dan melahirkan dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :ROTIKAYA

Be the first to comment on "Shukri Yahya, Isteri Bakal Timang Anak Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*