Did4kwa Sekat Ali Puteh Di Media Sosial, Ini Jawapan Isteri Arwah Abam

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang mengenai kenyataan adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Ali mend4kwa dia tidak dapat melihat wajah anak arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana telah disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarga Hidayah.

“Untuk hal ini, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Hidayah turut memohon agar semua pihak sentiasa mendoakan kesejahteraan diri dan keluarganya.

“Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga. 

“Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan,” katanya lagi. 

Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Siti Nurhidayah secara ‘live’ di Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka.

Situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian netizen.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Gempak

Be the first to comment on "Did4kwa Sekat Ali Puteh Di Media Sosial, Ini Jawapan Isteri Arwah Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*