Rakyt Malays1a Bukan Takat Bijak Membeli Tapi Mempunyai Kuasa Membeli Terbesar Di Dunia.Antara Jenama2 Besar Yang Pernah Tvmbang Di Malaysla Akibat Dib0ik0t Oleh Rakyt,No 4 Tu Paling Kerap Kena

Rakyat Malaysia mempunyai salah satu kuasa membeli ‘purchasing power’ terbesar di dunia. Ini sudah dibuktikan dengan beberapa kempen secara besar-besaran sebelum ini yang telah menyaksikan banyak syarikat gulung tikar apabila rakyat Malaysia memboik0t produk mereka.

1. Starbucks

Ini satu lagi jenama hebat yang kini tinggal sejarah. Jika anda tidak tahu apakah itu Venti, Grande atau Trenta, maaf anda belum cukup kaya.

Minuman popular ini sering disajikan bersama stereng jenama kereta Jerman atau Itali, dengan jam tangan bernilai RM10,000 ke atas.

Malangnya, Starbucks juga tumbang akibat tindakan boikot oleh rakyat Malaysia. Menyed1hkan namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh syarikat hebat ini.

Kini semua kedai starbucks di Malaysia didermakan kepada pertubuhan amal kebajikan orang tua-tua.

2. Shell

Satu lagi syarikat minyak yang sudah menjadi sejarah di Malaysia. Shell tidak terlepas dari boik0t oleh pengguna di Malaysia hinggakan pada satu ketika, harga RON97 Shell diturunkan ke RM0.50 hanya untuk memujuk rakyat Malaysia.

Menakjubkan, tidak ada seorang pun yang pergi isi minyak di Shell walaupun dengan harga minyak sedemikian. Kini sudah hampir 3 tahun berlalu, semua stesen minyak Shell dijadikan muzium petroleum.

3. Coca-Cola

Masihkah anda ingat lagi pada iklan air jenama ini dituang di dalam cawan bergelas ais dengan bunyi “pssssssss ahhh” di bawah matahari yang terik?

Well guess what? Arkib Malaysia menawarkan RM15,000 kepada sesiapa yang masih menyimpan video ini kerana ia sudah menjadi sebahagian dari sejarah.

Coca-Cola adalah satu lagi jenama yang menjadi mangsa boik0t pengguna Malaysia. Masihkah kita ingat apabila CEO Coca Cola merayu kepada rakyat Malaysia agar jangan boik0t produk mereka?

Ya, ia ditayangkan secara live di Buletin Utama pada masa itu. Namun rakyat Malaysia tetap dengan pendirian untuk boik0t Coca Cola. Kini tiada lagi minuman popular ini dijual di mana-mana.

4. McDonalds

Satu masa dahulu nama McD merupakan satu jenama besar kini tumbang dan mati tanpa kubur. Rangkaian restoran makanan segera yang pernah mempunyai ribuan cawangan di Malaysia itu terpaksa tutup kerana kempen boik0t oleh rakyat Malaysia.

Kini, tidak ada satu pun cawangan restoran McD di Malaysia. Sebagai contoh, bekas tapak restoran McD Shah Alam bersebelahan Caltex dahulu kini tidak lagi beroperasi dan sudah dirobohkan dan dijadikan gelanggang bola tampar untuk komuniti Shah Alam.

Sudah pasti anda merindui Ayam Goreng Spicy itu bukan? Kami juga!

Pada tahun 2009, World Economic Forum memberi amaran kepada syarikat-syarikat dunia agar berhati-hati dengan ‘kuasa boik0t paling merb4haya di dunia’ iaitu Malaysia.

Itulah kuasa pengguna Malaysia. Jangan cuba untuk bermain api dengan mereka. Jika jenama anda ‘dipilih’, anda tidak bernasib baik. 🤣🤣🤣

Sumber : jumpakatmkmh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : transformasi/ Pisang Daily

Be the first to comment on "Rakyt Malays1a Bukan Takat Bijak Membeli Tapi Mempunyai Kuasa Membeli Terbesar Di Dunia.Antara Jenama2 Besar Yang Pernah Tvmbang Di Malaysla Akibat Dib0ik0t Oleh Rakyt,No 4 Tu Paling Kerap Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*