Bekas Pembantu Aliff Syukri Menggal Dunia, Sekali Sajat Luah Sesuatu Buat Ramai Tertanya2

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan kembali bertemu penciptanya kelak. Masa dan ketika sahaja membezakan antara dari kita. Dan disebabkan itu lah kita dituntut agar persiapkan diri dengan amal ibadat bagi menampung ganjaran di alam sana.

BEKAS PA ALIFF SYUKRI MENIGGAL DUNIA

Berita duka baru sahaja menyelubungi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan “pergi” menghadap Illahi sebentar tadi.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri Aliff Syukri, Datin Shahida yang memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. Dikesempatan tersebut, Shahida dilihat memohon pengikutnya mengambil masa sebentar untuk mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah.

“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.”
“Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan d0sanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.”
“Saya akan rindu awak Ghazi saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak.” Luah sedih Shahida.

PEMERGIAN TURUT DIRASAI OLEH SAJAT

Dalam pada masa yang sama, pemergian arwah turut mengundang rasa sedih usahawan kontroversi iaitu Muhammad Sajjad. Dia turut berkongsi foto kenangan bersama Allahyarham yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

“Salam Takziah Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiuun Al-Fatihah buat rakan ku @ghazi_ml. Semoga arwah di tempat kan di kalangan orang beriman. Salam takziah.” Kongsi Sajat.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Takziah Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiuun Al-Fatihah buat rakan ku @ghazi_ml …😢…semoga arwah Di tempat kan Di kalangan orang beriman..Salam takziah…

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

JANGK1ITAN KUM4N PADA PARU-PARU

Pada beberapa hari lalu, yang juga bekas pembantu Aliff Syukri iaitu Kak Mel ada memuat naik perkembangan Ghazali yang sedang tnat. Menurutnya Arwah pada ketika itu mengalami jangkitan kum4n pada bahagian paru-paru gara-gara apendiks pcah.

“Semoga @ghazi_ml di beri keajaiban. Pagi tadi saya dapat call dari abang gazi bahawa beliau tengah tnat sekarang. Di sebabkan appendiks beliau pcah dan kuman dah merebak ke paru-paru beliau.”
“Semoga beliau di beri kekuatan dan kesembuhan. Akak pun ingin memohon maaf jika selama kita bersama menjalankan tugasan. Akak ada terkasar bahasa dan menguris hati. Halalkan makan minum. Akak pun maafkan segala kesalahan ko dik.” Kongsi Kak Mel.

Sama-sama kita titipkan bacaan Al-Fatihah buat arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber : Meecks.com

Be the first to comment on "Bekas Pembantu Aliff Syukri Menggal Dunia, Sekali Sajat Luah Sesuatu Buat Ramai Tertanya2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*