Rayhan Kabir Luah Perasaan Kepada Media Bangladesh – “Rumah, Wang, Kereta, Pekerjaan ‘Hil4ng’ Selepas Muncul Dalam Dokumentari”

Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang diusir keluar dari Malaysia selepas mencetuskan kontroversi menerusi sebuah dokumentari, meluahkan perasaan kepada media di negara kelahirannya itu.

Menerusi temuramah bersama Dhaka Tribune itu, Rayhan berkata dia mempunyai segalanya sebelum ini namun semuanya ‘hil4ng’ selepas muncul dalam dokumentari ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’ terbitan media antarabangsa, Al Jazeera.

“Saya punyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun semuanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu,” katanya.

Rayhan juga menjelaskan, sejak dit4ngkap sehingga dihantar pulang tiada langsung wakil Al Jazeera yang menghubunginya.

Ketika ditemuramah media terbabit Rayhan mend4kwa kononnya tidak menyangka bercakap tentang ‘kebenaran’ akan mendatangkan musib4h kepada dirinya.

“Saya nekad tidak memakai penutup muka kerana bercakap tentang sesuatu yang benar. Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rayhan berkata ia menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran dan mahu meneruskan pelajaran dalam bidang Undang-Undang Pendatang Asing (Migration Law).

Katanya lagi, dia membuat keputusan nekad tersebut demi memperjuangkan hak pekerja migran.

Terdahulu bekas pekerja imigran di Malaysia ini telah dihantar pulang ke kampung halamannya Bangladesh pada 22 Ogos lalu tanpa sebarang dakw4an oleh kerajaan Malaysia.

Sumber: buzzkini.com via gempak @Teh Tarik Kaw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Rayhan Kabir Luah Perasaan Kepada Media Bangladesh – “Rumah, Wang, Kereta, Pekerjaan ‘Hil4ng’ Selepas Muncul Dalam Dokumentari”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*