“Terlalu Bimbang Isteri Sedang Hamil” Ini Yang Dia Lakukan Buat Ramai Terkejut … – Irwansyah

PENYANYI dan pelakon Irwansyah memberitahu dia kini dalam proses melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya beberapa bulan lagi.

Memetik laporan Liputan6, Irwansyah dan isterinya iaitu Zaskia Sungkar juga dalam perancangan untuk berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa.

Irwansyah menerusi video di saluran Youtube miliknya turut berkongsi keadaan rumah baharu mereka yang kini masih lagi dalam proses ubah suai.

Apa yang menariknya, Irwansyah menyediakan lif dalam rumah kerana bimbang keadaan isterinya yang kini sedang berbadan dua.

Irwansyah dan Zaskia bakal timang cahaya mata pertama.

“Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai, dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun ruang rumah tidak terlalu besar tapi cukup la untuk keluarga kecil saya.

“Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah,” katanya.

Sebelum ini, pasangan itu berkongsi berita gembira bakal timang anak pertama selepas hampir 10 tahun berkahwin dan kini usia kandungan sudah memasuki usia 10 minggu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar/ Sinar Viral Kini

Be the first to comment on "“Terlalu Bimbang Isteri Sedang Hamil” Ini Yang Dia Lakukan Buat Ramai Terkejut … – Irwansyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*