Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Anwar Rasa Kecewa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun selama seminggu kerana sedang menjalani pemerhatian di sebuah hospital, kata seorang pegawai istana negara, ketika ketua pembangkang, Anwar Ibrahim ingin mendapat perkenaan untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar minggu ini berkata dia telah memperoleh majoriti “kukuh dan menyakinkan” daripada anggota parlimen di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Tetapi dia harus meyakinkan Seri Paduka bahawa dia mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Pergolakan politik terbaru ini tercetus hanya tujuh bulan setelah satu lagi perebutan kuasa lain yang menyaksikan Muhyiddin menjadi perdana menteri dan berkemungkinan akan membantutkan usaha untuk menstabilkan ekonomi yang terjejas akibat wabak koronavirus.

Muhyiddin, yang mempunyai majoriti tipis di parlimen, menolak dakwaan yang Anwar mempunyai majoriti dan mencabarnya untuk membuktikan sokongannya melalui proses perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam majlis adat istiadat di Malaysia tetapi baginda boleh melantik perdana menteri yang pada pandangannya cenderung mendapat sokongan majoriti di parlimen. Atas nasihat perdana menteri, Seri Paduka juga boleh membubarkan parlimen supaya pilihan raya dapat diadakan.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah dinasihatkan oleh doktor-doktornya untuk menetap (di hospital) selama tujuh hari untuk pemerhatian.

“Sehingga itu, baginda tidak akan menerima menghadap daripada sesiapa,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Reuters.

Anwar dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah pada hari Selasa lalu tetapi majlis tersebut terpaksa dibatalkan susulan kegeringan Seri Paduka yang kemudiannya dirawat di Institut Jantung Negara.

Belum ada parti politik besar yang tampil menyokongnya, namun Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak dapat menghalang mana-mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

3 kemungkinan selepas ‘Langkah Anwar’

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan dia mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, jalan tidak semudah itu buat Anwar. Pelbagai kemungkinan masih boleh berlaku.

Berikut kemungkinan-kemungkinannya:

(1) Muhyiddin dapatkan kembali sokongan, kekal jadi PM

Jika dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa ramai anggota parlimen BN dan Umno kini menyokong Anwar ternyata benar, bermakna Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

Muhyiddin, bersandarkan pengundian bagi menggantikan speaker Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu, mempunyai sokongan 113 anggota parlimen sahaja.

Bagaimanapun, sementara Anwar menunggu peluang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin masih mempunyai peluang mendapatkan kembali sokongan yang dikatakan hilang itu.

Muhyiddin masih mempunyai kelebihan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dia juga boleh membuktikan majoritinya melalui undi percaya di parlimen.

Ini kerana kenyataan bersama beberapa setiausaha agung parti yang menyokongnya semalam tidak benar-benar membuktikan dukungan diterimanya daripada anggota parlimen.

Parlimen akan bersidang pada 2 November depan.

(2) Muhyiddin bubar parlimen

Jika gagal mendapatkan kembali sokongannya, Muhyiddin masih boleh menasihati Seri Paduka untuk membubarkan parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya umum.

Bagaimanapun ini dilihat sebagai langkah terakhir kerana ia tidak semestinya memberi kelebihan kepada Bersatu yang dipimpinnya.

Setakat ini masih tiada jaminan Umno dan PAS akan akan bersama dengannya.

Sebagai parti baru, kekuatan akar umbi Bersatu juga dilihat masih belum setanding dengan Umno, PAS atau jentera Pakatan Harapan pimpinan Anwar.

Jika Seri Paduka berkenan menerima nasihat pembubaran Parlimen, ia mungkin berlaku tidak lama selepas pilihan raya Sabah.

Dan Muhyiddin pula akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling singkat memerintah negara ini.

(3) Agong benarkan Anwar buktikan majoritinya

Sementara itu, Agong mungkin menerima mengadap Anwar atau mana-mana pihak yang boleh membuktikan mereka cukup sokongan untuk membentuk kerajaan baru.

Baginda untuk mewawancara seorang demi seorang seperti yang berlaku sebelum ini sebelum melantik seorang perdana menteri baru.

Jika Anwar berjaya membuktikan sokongan diterimanya, anggota parlimen Port Dickson itu akhirnya akan menamatkan gelaran “bakal perdana menteri” yang disandangnya sejak sekian lama.

Paling menarik dia akan menjadi perdana menteri ketiga berkhidmat untuk tahun ini.

Adakah impian Anwar selama ini untuk menerajui kepimpinan no satu negara bakal tercapai? Sama-sama kita nantikan episode ini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/Media Viral

Be the first to comment on "Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Anwar Rasa Kecewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*