“Sakitnya Dikhian4ti, Dikecewa Dan Dihlna Orang Tersayang” – Suami Nadia Brian

DESAS desus mengenai pergolakan rumah tangga pelakon, Nadia Brian meraih perhatian warganet apabila suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar serta kapsyen berb4ur kek3cewaan. 

Dalam muat naik itu, Muizz berkata tiada apa yang lebih menyak1itkan daripada dikh1ianati, dikec3wakan dan dih1ina oleh orang tersayang. 

“Satu hakikat, saya berikan hati dan jiwa. Saya sudah berikan yang terbaik, namun, ia tak mencukupi buat awak. 

“Tiada apa yang lebih menyakitk4n daripada dikh1ianati, dik2cewakan dan dihi1na oleh orang yang kita fikir, takkan melukakan kita,” tulisnya yang disertakan dengan emoji hati pecah. 

Tambahnya, dia juga yakin bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik buat dirinya. 

“Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan moral. Saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. 

“Insya-Allah, keadilan akan terbukti,” tulisnya mengiringi gambar rona hitam putih yang diambil semasa majlis perkahwinannya. 

Muizz juga turut menanda (tag) nama Nadia di gambar itu.

Terdahulu, pada Ogos lalu, Harian Metro melaporkan Nadia menaf1kan dakwa4n rumah tangga yang dibina bersama suami sedang bermasalah.

Ia susulan tindakan pelakon itu yang tidak memuat naik gambar bersama suami selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

“Saya ada saja kongsi gambar bersama, tapi soal peribadi saya memang tak suka kongsi di media sosial. Apa yang penting dikongsikan ialah mengenai kerja. Tak semestinya tidak memuat naik gambar bersama tak bahagia dan tak gembira.

“Memanglah orang tanya, tapi sekarang fokus saya pada ibu dan nenek saya yang tak sihat. Saya tak nak fikir mengenai orang lain. Sekarang ini untuk keluarga dan diri sendiri saja.

“Dengan suami okay saja. Saya tak nak ulas banyak mengenai dirinya. Dia pun perlukan privasi sebab dia bukan orang industri hiburan. Mungkin dia tak biasa. Dia okay dan sentiasa menyokong saya. Saya doa yang baik-baik saja dan harap doa yang baik-baik untuk kebaikan semua orang,” katanya.

Menerusi temubual ketika itu, Nadia yang juga pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut men4ngis ketika bercakap mengenai rumah tangga.

“Sedih sebab perkahwinan ini kita nak bahagia dan sampai bila-bila. Mungkin ada macam dugaan Allah SWT hantar dan macam mana kita kawal. Apa-apa pun saya berserah kepada hati dan niat dan mencari kebahagiaan.

“Biasalah awal perkahwinan akan ada pasang surut. Apa yang penting saya tak buat masalah dalam kerja dan buat masalah dengan sesiapa pun. Saya hanya dengan diri sendiri dan fokus kerja,” katanya.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Nadia bagaimanapun gagal.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2018. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Reception Mu’izz Nasruddin & Nadia Brian 9.11.19 Official Venue & Caterer @magicaatsubang @zai.srigemilang Wedding Decorator @lagendaweddings Wedding Planner + Coordinator @asianatelier_weddings / @asianatelier Official Videographer @lhmediatv Official Photographer @twinception.my Bride’s Wedding Dress @afiqmofficial Jewelleries @habibjewelsofficial Bride’s Shoe @christyngshoes Make Up Artist @juju.icesan Hairstylist @the_hair_tric_and_lashility @simonnecey_ Henna @pyqapyhenna Nails @dashingdiva_malaysia Manicure & Pedicure @blueberyyboutique_bangsar Groom’s Outfit @cosryofficial Groom’s Accessories @habibjewelsofficial Make Up Artist @davidangck Hairstylist @simonnecey_ Hand bouquet @lagendaweddings Wedding Cake @kekandco Door Gifts @oleolemanis @nbmuffin Live Feed @_bros_studio Maid of Honor’s Outfit @pu3designs Wall of Fame Backdrop @lagendaweddings Performance @lilyjannah Sound System @sre_events Photo booth @fotosantai Wedding Card @mesrakadkahwin #MuizzxNadiaB

A post shared by Mu’izz Nasruddin (@muizznasruddin) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The best thing to hold onto in life is each other. —Audrey Hepburn . One more month till I get to call you my wife❤️ . #muizzxnadiab

A post shared by Mu’izz Nasruddin (@muizznasruddin) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM/Shakira Shakir

Be the first to comment on "“Sakitnya Dikhian4ti, Dikecewa Dan Dihlna Orang Tersayang” – Suami Nadia Brian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*