Isteri Misbun Sidek Telah Disahkan Men1nggal Dunia

ISTERI kepada Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek men1nggal dunia, Jumaat malam.

Berita pemergian isteri kepada legenda badminton negara itu dikhabarkan melalui akaun Twitter Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 9 malam.

“Duk4citanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahm4tullah sebentar tadi.

“Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

“T4kziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah,” demikian tweet MSN di akaun Twitternya.

Bagaimanapun, punca kem4tian tidak dimaklumkan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan t4kziah di Twitter.

Sebelum ini arwah pernah dimasukkan di wad untuk rawatan buah pinggang namun terdapat kes pesakit lain positif Covid-19 dan arwah disuruh pulang serta menjalani ujian swab.

Allahyarham dan Misbun mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziahnya menerusi di akaun Twitter miliknya.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pem3rgian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar arw4h Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Mohamad Norza.

Dilaporkan, Latifah sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana p0sitif c0v1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Isteri Misbun Sidek Telah Disahkan Men1nggal Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*