“Saya percaya pasti ada syarikat penerbitan yang cul4s atau meniipu..”- Fizz Fairuz Mula Bersuara Agar Finas Bertindak Teg4s

Keputusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang mewajibkan suntikan vaksin dan lengkap dua dos untuk melakukan aktiviti penggambaran mengvndang pelbagai maklum balas penggiat seni.

Syarat itu juga disambut baik beberapa syarikat penerbitan dan penerbit di mana kru serta pelakon yang terbabit dalam projek syarikat mereka perlu divaksin terlebih dulu.

Ada menyambut baik, tidak kurang juga yang mahukan syarat itu dilonggarkan memandangkan masih ada pekerja seni yang belum mendapatkan vaksin serta menunggu temu janji dos kedua.

Bagi pelakon Datuk Fizz Fairuz, syarat dikeluarkan KKMM itu perlu diterima dan digunapakai semua syarikat produksi bagi menjamin keselamatan semua pihak ketika proses penggambaran dijalankan.

“Bagi saya siapa yang nak jalani penggambaran, kena ambil vaksin. Kalau nak ikutkan kasihan, semua orang tengah susah. Anak seni pula mengharapkan gaji hari. Ada kerja ada duit. Dalam keadaan sekarang, kita kena fikir keselamatan. Apatah lagi penggambaran di banyak lokasi.

“Saya ada pengalaman sebelum ini yang mana terdapat syarikat produksi tidak mewajibkan ambil ujian saringan atau calitan sebelum penggambaran. Sedangkan perkara itu menjadi syarat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Beberapa syarikat saja buat.

“Malah, ada juga syarikat penerbitan yang kru dan pelakon mereka positif Covid-19 tapi penggambaran tetap diteruskan. Mereka diamkan saja. Jadi, sekarang ini kita semua nak kerja, tapi tak semua boleh ‘shoot’ sebab kena tunggu tawaran pula,” katanya.

Fizz berkata, Finas perlu bertindak teg4s dengan datang membuat pemeriksaan di lokasi.

“Apa pun, memang kena wajibkan dua dos selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Saya percaya pasti ada syarikat penerbitan yang cul4s atau meniipu. Disebabkan nak bekerja, mereka boleh cakap semua sudah vaksin.

“Jadi, pihak berkenaan seperti Finas kena ketatkan perkara ini. Mereka perlu ada borang yang menyatakan setiap yang terbabit sudah lengkap suntikan vaksin. Kalau boleh, Finas wajib datang periksa di lokasi.

“Dalam keadaan sekarang ini banyak saja yang nak ambil kesempatan. Nasihat saya, kalau nak jalani penggambaran kena ikut SOP betul-betul,” katanya.

Dalam masa sama, Fizz berpesan kepada semua pihak supaya tidak mementingkan diri.

“Jangan kita pentingkan diri sendiri. Saya tahu masing-maisng sudah susah, tapi kena ikut arahan kerajaan. Kalau ada yang l4nggar, lagi susah.

“Jadi, kita kena bersyukur apabila diberi kelonggaran untuk teruskan penggambaran. Cumanya kena ambil vaksin. Kepada yang belum daftar, silakan berbuat sedemikian.

“Tidak ada vaksin jangan harap nak ‘shoot’. Saya pun t4kut nak ‘shoot’ kalau masih ada dalam pasukan yang tak vaksin. Sebab itu kena vaksin untuk perlindungan,” katanya.

Paling penting bagi Fizz juga adalah penerbit kena memainkan peranan utama dan tegas.

“Syarikat penerbitan jual produk saja pada stesen TV. Yang merana pelakon dan kru. Sebelum apa-apa jadi sebaiknya lengkapkan dos vaksin baru boleh lakukan penggambaran. Jangan bagi kelonggaran langsung,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HM

Be the first to comment on "“Saya percaya pasti ada syarikat penerbitan yang cul4s atau meniipu..”- Fizz Fairuz Mula Bersuara Agar Finas Bertindak Teg4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*