Amylea angkat bendera putih, r4yu derma kilat untuk bapa – “Kami buntu… ayah perlu dimasukkan ke hospital swasta”

DEMI k3sihatan bapa, penyanyi Amylea Azizan terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghidap peny4kit jantung.

Menurut Amylea, 35, walaupun dia berasa segan melakukan perkara itu namun ia perlu dilakukan demi melihat bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Apa yang saya buat ini memang betul-betul kecemasan sebab bukan kami sengaja mahu hantar ayah ke hospital swasta tapi disebabkan hospital kerajaan memang sudah penuh dengan pes4kit C0vid-19, jadi kami terpaksa masukkan ayah ke hospital swasta.

“Ayah pula tiada insurans dan ketika p4ndemik macam ini saya dan adik-beradik lain tidak boleh keluar bekerja… ini sahaja jalan yang boleh kami fikirkan,” katanya ketika dihubungi mStar.

amylea

Perkongsian Amylea di InstaStory.

Terdahulu, Amylea memuat naik status memohon sumbangan derma kilat untuk membayar deposit rawatan bapanya di Institut Jantung Negara (IJN) selepas semua hospital kerajaan dikatakan terpaksa menolak pes4kit lain susulan peningkatan k3s C0vid-19.

Kata Amylea bersyukur apabila menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak yang prihatin dan segera menghulurkan bantuan.

“Alhamdulillah ayah saya kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke IJN petang semalam (Jumaat). Memang masa itu saya dan keluarga dah buntu sebab Hospital Ampang dan Hospital Serdang memang tidak terima pesakit selain daripada k3s C0vid-19.

Ayah pula tiada insurans dan ketika pandemik macam ini saya dan adik-beradik lain tidak boleh keluar bekerja… ini sahaja jalan yang boleh kami fikirkan.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

“Sebelum ini ayah dapatkan rawatan di hospital kerajaan tapi mereka terpaksa menolak dan mereka cadangkan untuk kami masukkan ayah ke hospital swasta.

“Adik ipar saya yang mula-mula blast tentang sumbangan derma kilat menerusi WhatsApp kumpulan kejiranan kami dan daripada situ kami dapat kumpul RM3,000 untuk bayar deposit kepada IJN.

“Lepas saya letak tentang sumbangan di Instastory saya, memang banyak DM masuk daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut sama menyumbang.

amyleaa

Amylea terharu dengan sumbangan orang ramai.

“Saya memang tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak… memang sangat-sangat terharu di atas sumbangan mereka. Saya harap Allah akan lipat gandakan lagi rezeki mereka semua yang telah membantu ayah saya,” katanya.

Penyanyi lagu Takdir ini berkata ayahnya kini hanya menunggu masa untuk melakukan prosedur Angiogram bagi memeriksa keadaan j4ntungnya yang dijadualkan pada September ini di Hospital Serdang.

“Kalau ikutkan kami memang lagi prefer hospital kerajaan sebab memang rekod k3sihatan ayah dengan Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Sepatutnya ayah dah buat prosedur ini pada Mac tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan sebab pandemik C0vid-19 pada masa itu.

“Sekarang ayah terpaksa dimasukkan ke hospital untuk stabilkan diri dia selepas dia ada komplikasi j4ngkitan kum4n di paru-paru dan Alhamdulillah keadaan dia sem4k1n okay.

“Walaupun tidak dibenarkan melawat namun kami tetap berkomunikasi dengan ayah menggunakan panggilan video, kalau dia tak larat dia akan minta bantuan nurse untuk tolong telefonkan kami,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar via TTK

Be the first to comment on "Amylea angkat bendera putih, r4yu derma kilat untuk bapa – “Kami buntu… ayah perlu dimasukkan ke hospital swasta”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*