Sedia Sambut Bayi Sulung, Azmi Saat ‘korek’ Tabung Hantar Isteri Bers4lin Hospital Swasta – “Sanggup berkorban, dia dah meng4ndungkan anak saya”

SEPULUH tahun menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi Saat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembed4han.

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan ris1ko terhadap bayi mereka.

Teruja bakal menjadi seorang bapa, penyanyi berusia 33 tahun ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.

Azmi 1

Azmi turut berkongsi perkara itu di Instagram.

“Alhamdulillah… kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bers4lin secara normal pada 8 Oktober depan.

“Tapi doktor cadangkan untuk bers4lin secara pembed4han sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby.

“Bila lakukan pembed4han yang dirancang ini, kurang risiko pada baby. Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September.

“Saya pilih 27 September sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” katanya kepada mStar.

 

Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.

AZMI SAAT

PENYANYI

Sebelum ini, ahli kumpulan Caliph Buskers itu menerusi Instagram mendedahkan isterinya bakal melahirkan bayi mereka secara pembed4han.

Dalam pada itu, demi menghargai isteri, penyanyi lagu Hanya NamaMu ini sanggup menggunakan wang simpanan untuk pembelanjaan proses bers4lin di hospital swasta.

“Insya-Allah isteri akan bers4lin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.

Azmi 2

Azmi dan isteri berkahwin pada 2011.

“Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.

“Dia dah meng4ndung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bers4lin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bers4lin.

“Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bers4lin,” ujarnya.

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Sedia Sambut Bayi Sulung, Azmi Saat ‘korek’ Tabung Hantar Isteri Bers4lin Hospital Swasta – “Sanggup berkorban, dia dah meng4ndungkan anak saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*