Ashira Dan Bad Indigo Umum Sudah Bercer4i

Tiada angin, tiada ribut, penyanyi Ashira dan suaminya yang juga ahli kumpulan Indigo, Bad mengumumkan bahawa rumah tangga mereka sudah berakhir.

Ashira dan Bad menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

“Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila,” kata Bad.

Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 11 Mac tahun lalu.

Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 13, dan Rania, 12 manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

Sementara itu, Ashira berkata dia memaklumkan perkara itu kerana enggan mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.

“Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah.

“Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.

“Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu,” ujar Ashira.

Dalam pada itu, Bad turut menjelaskan dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengunci mulut mereka mengenai punca perpis4han mereka.

“Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni, ia adalah satu a1b.

“Mendedahkan a1b walaupun sendiri yang mended4hkan adalah dos4.

“Biar Allah yang tahu. Semoga tiada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad? Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami,” ujarnya.

Bad, 47, terpaksa menjalani pembed4han membu4ng jar1 kak1nya yang sudah luk4 akibat peny4kit di4betes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di fb

Sumber:  http://www.viralkamipress.dnqj.my/2

Be the first to comment on "Ashira Dan Bad Indigo Umum Sudah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*