Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki, Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

Pelakon Ezzaty Abdullah mended4hkan bahawa pembantu rumahnya warga Indonesia membuat cubaan untuk melarikan diri kerana did4kwa ingin mengikut lelaki warga tempatan.

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, lebih teruk lagi apabila pembantu rumah terbabit melarikan diri dan meninggalkan dua anak kecilnya yang baru berusia empat tahun dan empat bulan.

Saya dan suami baru sebulan ambil pembantu rumah ini. Bayar kepada agensi sudahlah mahal. Ambil pun sebab kebetulan kami terbabit dengan penggambaran. Jadi, nak kena tolong jaga anak dan bantu apa yang patut di rumah.

Dari awal dia bekerja saya tak ambil telefon bimbit sebab bagi saya ia adalah keperluan masa kini. Lagipun dia ibu tunggal dan ada dua anak di kampung. Jadi, bolehlah dia berhubung dengan keluarganya di sana.

Dalam pada itu, pembantu rumah berkenaan turut memaklumkan kepada Ezzaty bahawa terdapat seorang lelaki menawarnya bekerja di sebuah restoran dengan gaji yang lumayan.

Namun, dua hari lalu dia ada beritahu saya yang mana seorang lelaki ada menawarkannya kerja di restoran dengan gaji RM3,000. Saya cakap jangan cepat percaya takut nanti kena jual dan kerja yang bukan-bukan.

Bimbang wanita berkenaan terpengaruh dengan lelaki tersebut, Ezzaty bertindak melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di rumahnya. Alangkah terkejut apabila dia melihat pembantu rumahnya itu nekad melarikan diri dan meninggalkan dua orang anaknya itu.

Kebetulan di rumah ada kerja pengubahsuaian dapur, jadi saya minta pekerja kontraktor itu tengokkan sebentar anak saya sementara suami sampai ke rumah. Saya pula tak boleh nak pulang sebab hari ini ada banyak bab4k. Saya di lokasi pun jadi tak tentu arah sebab memikirkan anak. Serabut juga dibuatnya.

Tapi pembantu itu dapat ditangkap tidak jauh dari kawasan perumahan dengan bantuan jiran yang prihatin. Malah mereka juga yang maklumkan perkara ini kepada saya. Sekarang dia sudah di rumah. InsyaAllah, esok saya akan pulangkan semula dia kepada agensi dan minta pengganti.

Difahamkan, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini mengatakan bahawa ia merupakan ins1den kali kedua berlaku selepas kejadian seperti itu terjadi beberapa bulan lalu yang turut membabitkan pembantu rumah warga Indonesia.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki, Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*