Cukup Aaisyah sahaja, Che Ta & Zain Saidin tak mahu tambah anak lagi.

Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak bongsu mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Menurut laporan Kosmo! Online, Zain berkata, kesibukan mereka menjadi salah satu sebab untuk tidak menambah zuri4t selain mahu memberi perhatian kepada Aaisyah yang kian membesar.

“Aaisyah pun sudah berusia lapan tahun, tak perlulah. Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Dia pun tak pernah bersuara minta diberikan seorang adik. Pernah juga tanya dia, katanya tak mahu. Sekarang dia lebih untuk mencari rakan sebaya,” kata pelakon berusia 38 tahun itu.

Bagaimanapun, pelakon drama sitkom Oh My English itu tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu sebaliknya tetap bersyukur seorang anak bersama Rozita atau mesra dipanggil Che Ta.

“Alhamdulillah syukur. Sudah ada rezeki dapat anak seorang pun, syukur,” ujarnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan Aaisyah. Menerusi perkahwinan terdahulu, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 25, dan Aniq Ezra, 24.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Che Ta teruja banglo baru dah siap

Setiap kali tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, pastinya ramai di kalangan netizen teruja dan ternanti akan busana fesyen yang digayakan oleh figura cantik Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta.

Ini kerana setiap busana yang digayakan oleh seisi keluarga pelakon cantik itu adalah meriah dengan menyediakan lebih dari satu tema  atau boleh dikatakan satu hari  bersamaan dengan satu tema busana raya.

Malas sembang pasal baju raya

Walau bagaimanapun, aktres berusia 49 tahun itu memberitahu bahawa dirinya malas mendedahkan jumlah pakaian raya mereka sekeluarga yang akan dipakai sepanjang bulan Syawal pada tahun ini.

Nak tahu tengok sendiri di Instagram

Menurut Che Ta, sekiranya peminat ingin mengetahui jumlah busana yang disediakan, mereka bolehlah pergi ke laman Instagram miliknya bai melihat dan mengira sendiri.

Jelasnya lagi, dia malas mahu membahaskan isu ini kerana takut akan disalahertikan oleh segelintir netizen.

“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap… lagilah.

“Kalau nak kira juga, kenalah intai hantaran gambar di akaun Instagram saya pada musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak kongsi gambar sesi fotografi.”katanya.

Nak melaram sangat pun tak boleh sangat….

Pada masa yang sama, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar memberitahu sejak negara dilanda pandemik dua tahun lalu, ia telah membataskan pergerakan dirinya untuk bergaya pada bulan Syawal.

“Bagaimanapun, baju raya sebelum ini pun, ada yang di bawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,”terangnya.

Menurut Che Ta, dia melahirkan kesyukuran kerana penantiannya selama empat tahun amatlah berbaloi apabila rumah banglo miliknya sudah siap diubahsuai.

“Selepas empat tahun termasuk CVDI9, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.”luah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

Terang isteri kepada pelakon kacak, Zain Saidin, dia akan memulakan operasi pemindahan barang dari rumah lamanya ke kediaman baharu tersebut sepenuhnya selepas pulang menyambut perayaan bersama ahli keluarga di Kedah.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Rozita Che Wan, OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Be the first to comment on "Cukup Aaisyah sahaja, Che Ta & Zain Saidin tak mahu tambah anak lagi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*