Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe ‘kencang’

SEORANG wanita tidak pernah menyangka dia terpaksa menjual cincin nikah demi kelangsungan hidup.

Hakikatnya, begitulah yang dilalui oleh Siti Nur Khalieda Yusra di awal perkahwinan.

Kisah perhiasan nikah miliknya menjadi perhatian menerusi satu video yang tul4r di laman sosial apabila dia dikejutkan dengan hadiah sebentuk cincin baharu.

ganti cincin nikah 5

Berkongsi cerita kepada mStar, wanita yang lebih mesra disapa Kieda berkata, dia dan suami bernikah pada 12 Mac 2016.

Menurut Kieda, pada awalnya dia tinggal bersama ibu mentua sebelum berpindah ke rumah milik ibunya sendiri bagi meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

“Selepas itu kami berpindah ke rumah sewa. Hanya ada dapur dan tong gas daripada arw4h tok saya. Masa tu dah tahun kedua kahwin, anak pun usia kira-kira setahun.

“Pendapatan kami tak tetap paling banyak RM800 sebulan. Saya bantu ibu mentua jual nangka madu, manakala suami ambil upah dengan potong rumput,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Hilmy (kiri) dan Kieda mendirikan rumah tangga pada 2016.

Mengimbas kembali waktu itu, Kieda yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, dia nekad menjual cincin nikah dan cincin tunangnya bagi membeli sebuah mesin basuh.

Mengakui pada awalnya suaminya tidak mengizinkan untuk menjual barang bernilai sentim3ntal itu, namun lelaki itu akur setelah diyakinkan bahawa ia boleh ditebus semula nanti.

“Memandangkan kerja kami yang sibuk daripada pagi hingga petang, memang sentiasa penat untuk saya basuh baju guna tangan. Tak larat dah tonyoh guna tangan hari-hari.

“Anak masih kecil, jadi kerap bertukar baju. Saya fikir perlu ada mesin basuh untuk mudahkan urusan harian. Masa tu kami masing-masing memang tak ada duit simpanan pun.

“Saya beritahu suami apabila ada duit nanti, akan digantikan dengan cincin yang baru,” ujarnya yang menjual kedua-dua cincin tersebut pada harga RM540 yang membolehkannya membeli sebuah mesin basuh baharu yang murah dan keperluan asas lain di rumah.

ganti cincin nikah 4

Kiri Hilmy mengambil upah memotong rumput, kanan Kieda menjual nangka.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menyangka suaminya ‘menebus’ cincin nikah dengan membeli yang baharu berharga lebih RM1,000, pada hujung minggu lalu.

“Kita kaum isteri apabila suami tak ada apa-apa, jangan tinggalkan suami. Kahwin kalau tak ada harta-benda tak apa, jangan tak ada kasih sayang dan yang penting janji setia.

Dalam perkahwinan kena banyakkan kasih sayang dan sabar.

KIEDA

“Dalam perkahwinan kena banyakkan kasih sayang dan sabar. Jika suami berusaha untuk kita walaupun belum ada rezeki, isteri bantulah jual apa yang ada termasuk cincin nikah.

“Alhamdulillah, dah ada cincin nikah yang baru sebagai ganti. Walaupun bukan cincin yang dulu, tapi terasa macam pengantin baru,” katanya yang kini mengusahakan bisnes crepe.

ganti cincin nikah 3

Kieda (kanan) dan Hilmy mengusahakan bisnes crepe.

Sementara itu, suami Kieda, Mohd Hilmy Mohd Zaki, 29, pula berkata, dia kini mengusahakan bisnes kurier selepas mula menceburi bidang itu pada 2018.

Menurutnya, dua perkara utama yang dipegangnya apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga adalah berkorban dan menghargai antara satu sama lain.

ganti cincin nikah 1

Hilmy dan Kieda bersama anak-anak.

“Isteri saya sanggup berkorb4n jual cincin nikah dan tunang dia untuk melengkapkan barang keperluan keluarga kecil ini.

“Selepas lima tahun, Alhamdulillah rezeki apabila buat bisnes secara kecil-kecilan. Tiba masanya bagi saya pula melengkapkan kembali benda yang isteri pernah korb4nkan.

“Dalam perkahwinan, memang akan melalui fasa susah dan struggle cari duit untuk besarkan anak-anak. Yang penting kami tak menyusahkan orang dan belajar berdikari,” katanya.

Video mengenai kejutan ‘cincin nikah baharu’ itu meraih 1.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe ‘kencang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*