Zamani Bvka Mvlut Cerita Tentang Rumah Tangga Selepas 3 Tahun Berkahwin!

BERTEMU jodoh pada usia menghampiri 50 tahun merupakan rezeki yang amat disyukuri oleh penyanyi utama Slam, Zamani Ibrahim.

Apa lagi diberi kesempatan bersanding di pelamin, dianggap artis berkenaan seperti mimpi.

Zamani yang sangat masyhur dengan lagu Gerimis Mengundang itu berkata, dia sangat terharu dan seperti tidak percaya majlis bersejarah dalam hidupnya itu benar-benar menjadi realiti.

Zamani yang kini berusia 51 tahun mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019 yang lalu.

Bercerita tentang kehidupan selepas berkahwin, dia mengakui kehidupannya kini lebih bermakna dengan kehadiran isteri disisi.

“Alhamdulillah, semuanya bagus. Makan dan pakai saya terutamanya pakaian show terjaga sekarang.

“Status Juliana masih lagi sebagai pengurus peribadi saya. Dia akan jaga dari sudut peribadi iaitu penampilan saya.

“Saya dah tak perlu fikir semua ini sekarang dan serahkan kepadanya untuk buat yang terbaik,” katanya.

Zamani berkata, mereka juga tiada masalah untuk membentuk persefahaman dan menyesuaikan diri kerana sudah saling mengenali selama 14 tahun.

Dalam perkembangan terbaru, Zamani kini sedang menjangkakan samada untuk membuat pembdahan berhubung penyakt skoliosis yang dihadapinya sejak 2015 lalu. Zamani bagaimanapun belum menetapkan waktu sesuai untuk dirinya menjalani pembdahan tersebut.

Dalam istilah perubatan, skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok samada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Fb

Sumber:  DNQ

Be the first to comment on "Zamani Bvka Mvlut Cerita Tentang Rumah Tangga Selepas 3 Tahun Berkahwin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*