“Klu dah janji tunaikan!”- Belum Terima Hadiah GV4 Sejak 2017. Akhirnya Ini Tindakan Aishah Buat Penaja

PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa hampa dan kecewa apabila masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

Lebih lima tahun menunggu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

“Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi mal4ngnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mahkamah untuk ke tuntut4n hadiah tanah GV4

“Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak elok jangan mimpi nak jadi penaja,” katanya.

Aishah berkongsi luahan h4tinya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berkongsi foto semasa menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan 1su ini di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan dan engg4n lagi anak seni dipermainkan.

“Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik.

“Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni,” lu4hnya.

Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak pu4s hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Isv hadiah tanah lot banglo: Aishah bawa ke mahkamah

Selepas empat tahun, isv hadiah tanah lot banglo penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah, nampaknya belum menemui jalan penyelesaian.

Semalam, Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik hantaran di Instagram berkongsi mengenai tind4kan und4ng-und4ng yang diambil terhadap penaja hadiah untuk program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang menobatkannya sebagai juara.

“Pu4s sudah menunggu, cuba berbincang dan selesaikan dengan cara baik. Sudah lebih empat tahun masa diberi untuk tuntutan hadiah tanah GV4,” tulisnya.

Menurutnya, tuntutan daripada pihaknya tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan yang terdiri daripada tiga individu.

“Jadi tolonglah jangan ada yang komen ‘mengapa tak nak selesaikan dengan baik’. Dah cuba dan empat tahun kemudian tuntutan kami masih tidak diberi perhatian yang serius. Jadi, ke mahkamahlah kita, okay,” tulisnya.

Aishah ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memberikan masa yang terlalu lama kepada individu-individu itu untuk memberikan maklum balas. Namun pihak mereka seperti tidak mengendahkan tuntutan itu.

“Pada awalnya, sudah hampir setahun juga pihak kami bermesyuarat dengan mereka dan mereka memaklumkan bahawa syarikat mereka berdepan sedikit masalah.

“Apabila pihak mereka meminta sedikit waktu kami bersetuju untuk memberikan masa sehingga Februari tahun seterusnya. Dalam kata lain pada ketika itu sudah lebih setahun selepas GV4.

“Namun, mereka kembali menyepi dan apabila pihak kami cuba menghubungi mereka mereka seperti tidak mengendahkannya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aishah, individu terbabit juga tidak hadir ketika sesi persediaan untuk perbic4raan sekali gus, pihak Aishah perlu mengikut prosedur und4ng-und4ng iaitu untuk mengiklankan di akhbar.

“Ini salah satu prosedur dan kami kena cari mereka menerusi iklan. Selepas itu, sekiranya masih belum ada sebarang maklum balas, saya pun tak pasti sama ada waran tangkap boleh dikeluarkan atau mahkamah boleh teruskan saja dengan kes itu tanpa kehadiran mereka,” katanya.

Aishah juga menasihatkan kepada mana-mana individu atau organisasi yang ingin menaja hadiah untuk apa saja pertandingan supaya memastikan hadiah itu wujud sebelum memulakan tajaan.

“Kalau boleh pastikanlah hadiah yang dihebahkan dan dijanjikan itu sudah ada sebelum mulakan sesuatu pertandingan. Ini penting untuk mengelakkan perkara sebegini berulang,” katanya.

Ketika menjuarai GV4 pada 2017, Aishah dijanjikan beberapa hadiah dan salah satunya adalah tanah lot banglo, namun mendakwa pihak penaja hadiah itu menukar hadiah itu kepada saiz tanah yang lebih kecil.

 

Sumber: mstar dan metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaya Tv

Sumber : https://webfastnews24.com

Be the first to comment on "“Klu dah janji tunaikan!”- Belum Terima Hadiah GV4 Sejak 2017. Akhirnya Ini Tindakan Aishah Buat Penaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*